Hakcipta Terpelihara? Tindakan Radikal Novelis Paulo Coelho

Siapakah Paulo Coelho?

Secara ringkasnya Paulo Coelho adalah seorang novelis berumur 65 tahun yang tinggal di Brazil dan menulis dalam bahasa Portugis. Novel yang paling berjaya bertajuk “O Alquimista” dengan terjemahan bahasa Inggerisnya bertajuk “The Alchemist” telah dijual melebihi 65 juta naskah di seluruh dunia.

Paulo mempunyai cita-cita yang mendalam untuk menjadi seorang penulis sejak kecil lagi tetapi atas nasihat ibunya, dia telah menguburkan cita-citanya dan mengambil jurusan undang-undang. Ibunya mahu Paulo menjadi seorang pekerja profesional seperti bapanya yang merupakan seorang jurutera. Setahun selepas memulakan pengajiannya, Paulo telah mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan telah bekerja sebagai penulis lirik, pelakon, wartawan dan pengarah teater sebelum memulakan karier sebagai seorang penulis.

“The Alchemist” pada mulanya telah diterbitkan oleh sebuah penerbit kecil di Brazil pada tahun 1988, yang hanya mencetak 900 naskah dan kemudiannya membuat keputusan tidak mahu mencetak buku itu lagi. Paulo kemudiannya berjaya mencari penerbit yang lebih besar untuk menerbitkan semula novel pertamanya. Pada masa yang sama Paulo sudah bersedia untuk menerbitkan novel keduanya bertajuk “Brida”. Selepas “Brida” diterbitkan, jualan novel “The Alchemist” melonjak naik dan sehingga kini telah diterjemah ke 70 bahasa. Beliau pernah memegang rekod “Most Translated Book By A Living Author, Guiness World Record” satu masa dahulu.

Fakta yang paling menarik mengenai Paulo, beliau telah mencetak rompak bukunya sendiri secara digital di laman web dan melanggar hakcipta penerbitan. Pada pandangannya, kalau pembaca itu benar-benar mahu membaca buku, dia akan membelinya dan tidak akan membaca semua kandungan buku tersebut di laman web. Beliau juga menterjemahkan bukunya kepada beberapa bahasa secara percuma walaupun tidak disenangi oleh pihak penerbit.

Usaha radikal beliau akhirnya membawa hasil yang sangat baik. Pada waktu ini karya Paulo Coelho telah terjual sebanyak 115 juta naskah di lebih 160 negara dan beliau hanya menulis satu novel setiap dua tahun.

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s