Perempuan ! Kau tak kahwin lagi ?

PERTANYAAAN KERAMAT INI BISA MENGGETARKAN HATI SETIAP KAUM HAWA YANG MASIH LAGI MENANTI HADIRNYA INSAN  YANG BISA MEMBAWA MEREKA MELANGKAH KE ALAM RUMAHTANGGA DENGAN RESTU KELUARGA DAN BERBAHAGIA SELAMANYA

Suami dan isteri adalah saling melengkapi

Siapa yang tidak mahu berkahwin dan membina keluarga dengan anak-anaknya yang melengkapi kehidupan. Namun ketentuan tuhan adalah segalanya. Semuanya telah ditentukan dan direncanakan dengan sebaiknya.  Ada sesetengah orang diberikan jodoh pada awal usia remaja…bermula dengan cinta monyet dan tamat SPM terus berkahwin dan mula melangkah alam rumah tangga, mula sibuk dengan tugas memasak untuk suami dan menguruskan anak-anak. Ada pula yang di beri pasangan semasa sibuk menelaah buku dan kesibukan dalam membuat tugasan dan assignment yang bertambun-tambun semasa di universiti. Malah ada juga yang dikurniakan pasangan pada masa bekerja dan sebagainya. Ini adalah ketetapan.

Biarlah itu adalah jodohnya…

Jodoh adalah ketetapan dan ia adalah suatu yang telah ditetapkan …seseorang tidak akan bertemu dengan bukan pasangannya. Ia adalah takdir yang telah ditetapkan sejak azali dan  teguh terukir di lauh mahfuzh. Bila detik, masa dan ketikanya akan tiba dan waktu itu kita akan bersedia menghadapinya.

STRESS

JOM..ayuh bangkit!!!

Dalam memikirkan soal jodoh ini, acap kali kita dengar pelbagai luahan dan keluhan. Ia seperti dilema yang membimbangkan. “Dimana jodoh ini?, kenapa la susah sangat nak jumpa yang sepadan?, tiada jodohkah aku ini? Umur dah semakin lanjut saya tak kahwin lagi ini..bagaimana?, saya akan jadi anak dara tua ker?” . pelbagai luahan yang di lontarkan.

Ini semua cukup memberikan tekanan dan akan menyebabkan STRESS jika tidak dihadapi dengan sebaiknya.

Persekitaran dan pandangan masyarakat yang tidak pernah senyap diantara penyebab delima dan stress dikalangan wanita yang masih lagi tidak berkahwin. “rupa ada ..kenapa yer..tak kahwin- kahwin …dia pasti memilih, nak yang kaya dan segak, jual mahal la tu…. macam-macam tomahan dan persoalan yang diwujudnya oleh masyarakat. Lantas jawapannya hanya mampu dijawab sendiri di dalam hati dengan jiwa kesayuan wanita yang tidak berkahwin.

Wanita jangan risau, belum tiba masanya jodohmu tiba. Telah ada janji AllahSWT dalam Al- Quran setiap seorang daripada kita ada pasangan dan pendamping masing-masing. Ini seperti dalam surah:

Surat Adz Dzariyat Ayat 49

“Dan segalanya sesuatu kami ciptakan berpasang pasangan supaya kamu mengingati kebesaran AllahSWT”

Dengan ayat ini telah nyata, dapat kita fahami bahawa jodoh itu ada namum belum sampai detik dan ketikanya, ia akan sampai dan berdiri dihadapanmu kelak. Dengan itu, wanita bolehlah rasa gembira dan berbahagia dan yakin dengan ketentuan ilahi.

Disamping itu juga, kita turut dijanjikan dengan ciri pasangan yang terbaik dengan kita. “Siapakah dia? Bagaimana jodoh saya yer?” pelbagai persoalan yang timbul di minda wanita- wanita mengenai bagaimana ciri calon jodoh mereka. Sesungguhnya AllahSWT itu cukup penyayang dan memberi gambaran yang jelas dan tiada keraguan. Dengan itu sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki. Kerana setiapnya adalah sepadan dan  sempurna untuk kita.  Ini kerana dalam Al-Quran telah dinyatakan melalui surah:

Surah  An Nur Ayat 26

“wanita-wanita yang tidak baik untuk laki- laki yang tidak baik, dan laki- laki yang tidak baik untuk wanita- wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik”

Jodoh adalah cerminan diri kita. Bagaimana kita begitulah juga jodoh kita. Bagi memperolehi jodoh yang baik, perbaikkan diri kita. Bersabar dengan setiap perkara yang telah ditentukan dan berusah untuk mencapai keredhaan-Nya

PASRAH

Ucapkanlah kalimah “Alhamdulillah” dengan setiap apa yang kamu miliki kini. Mengapa menjadikan jodoh perkara yang menyebabkan dirimu sentiasa bersedih dan memencilkan diri daripada masyarakat atas rasa malu dan segan.

Tarik nafas dan bernafaslah dengan udara yang segar dan ingatlah pada janji AllahSWT tatkala kita rasa kekurangan dan tidak mengcukupi  dengan apa yang ada, sepertimana tertulis dalam Al- Quran yang bermaksud : “sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), pasti azab-Ku sangat berat.”(QS.Ibrahim:14)

Dengan itu…maka marilah kita bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan. Mungkin jodoh tidak hadir lagi, namun kita cukup memiliki kesempurnaan dan kunian dari sudut yang lain. kita mungkin ada rumah yang selesa, ibu bapa dan adik beradik yang masih ada dan sihat serta bahagia bersama kita, kita ada kerjaya yang hebat dan stabil serta ada wang sendiri dan bebas untuk bertindak sendirian.

JOM..ayuh pasrah!!!

BERFIKIRAN POSITIF DAN REDHA

Alihkan pemikiran untuk berfikir secara positif dan terbuka. Abaikan seketika isu ini dan redha dengan ketetapan AllahSWT. Percaya janji AllahSWT bahawa jodoh itu ada dan akan hadir bila tiba waktunya. Ada kalanya kita fikir kita telah bersedia untuk berumahtangga namun hakikatnya kita belum lagi bersedia. Hanya AllahSWT sahaja yang tahu.

Dalam masa yang sama tingkatkan ibadah kepadaNya, sentiasalah berdoa dan terus berdoa. Jangan putus asa jika doa kita masih belum dimakbulkan. Permudahkan dan ringankan tangan kita juga untuk  bersedekah. Ini kerana bersedekah adalah satu cara yang mampu untuk menjemput rezeki dan salah satu rezeki adalah jodoh yang baik.

FOKUS KEPADA KELUARGA

Syukurlah kepada tuhan dianugerahkan keluarga yang bahagia. Kita punyai ibu bapa dan adik beradik tempat menumpang kasih sayang. Fokuslah kepada ibu bapa yang masih ada, bantu mereka dengan menjaga keperluan dan kesihatan mereka. Ini adalah tanggungjawab yang besar pahalanya. Bayangkan bahagianya kita yang masih belum berkhawin dapat menjaga ibu bapa sepenuhnya. Peluang ini jarang dapat diambil oleh mereka yang lain terutamanya yang telah berkahwin kerana kekangan anak-anak dan suami.

Tidak salah juga kita yang belum berkhawin dan mampu dari segi kewangan untuk turut sama membantu adik beradik yang lain dalam pendidikan dan keperluan anak-anak saudara. Ini adalah sedekah dan akan mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

FOKUS KEPADA KERJAYA

Kesibukan dalam pekerjaan akan dapat melupakan wanita dengan isu kahwin ini. Ini kerana kesibukan dan kekangan kerja adalah salah satu punca ramai wanita ambil keputusan kahwin agak lewat. Namun semua ini pasal jodoh dan ketentuan AllahSWT. Mantapkan kerjaya dan tanamkan matlamat untuk berjaya. Kesibukan Ini akan melupakan kita dengan kesunyian hidup bersendirian. Peningkatan dalam kerjaya akan turut sama meningkatkan keyakinan diri dan mampu untuk berdikari.

 

KEMBANGKAN MINAT  DAN HOBI

Setiap dari kita punyai minat yang tersendiri. Dengan itu terokai minat anda. Habiskan masa yang terluang dengan minat dan hobi. Masa akan dapat diisi dengan sebaiknya. Dimana yang minat memancing teruskan usaha untuk mendalami dunia memancing. Manakala yang minat memasak dan membuat kek, jom ikuti kelas masakan dan mungkin boleh membuka laman online menbuat kek dan masakan. Tidak salah laburkan sedikit wang untuk mencapai kepuasan. Enjoy dan terokai hidupmu.

LUASKAN PERGAULAN DAN KENALAN

Meriahkan hidupmu dengan kenalan yang ramai. Tidak salah memulakan perkenalan dengan rakan- rakan baru. Ia akan membantu kita hilangkan rasa sunyi dan ini akan membantu bila kita memerlukan teman berbicara dan meluahkan rasa. Kekalkan persabahatan dengan rakan yang lama dan luaskan hubungan  rakan yang baru. Mungkin boleh bertemu di laman sosial dan juga mungkin di majlis- majlis dan kenduri. Mungkin ini langkah pertama untuk bertemu dengan jodohmu. Siapa tahu itu kan perancangan tuhan.

Kita merancang tuhan penentunya. Warnai hidupmu dengan fikiran yang positif  dan bertindaklah dengan cemerlang. Usah ragu dan bimbang kamu ada penyokongnya.

Bersabarlah dengan tenang

Biarkan jodoh bila hadirnya

Usah masa lamamu dikenang

jodohmu dalam takdir-Nya

 

oleh : syifa nur raudhah

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s