Kerjaya sebagai Jurubahasa Mahkamah

Salam satu Malaysia,

Kali ini saya hendak kongsikan tugas-tugas sebagai seorang Jurubahasa Mahkamah.

Setiap kali ada orang bertanya, awak kerja di mahkamah sebagai Peguam ke?

Masyarakat masih lagi tidak mengetahui bahawa di Mahkamah terdapat kepelbagaian kerjaya, dari penghantar notis hinggalah ke hakim. Kerjaya sebagai Jurubahasa memerlukan anda untuk bertugas di dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim. Mahkamah terbuka merupakan tempat persidangan bagi sesuatu kes di sebut atau dibicarakan.

Tugas-tugas Jurubahasa amnya membantu Hakim atau Majistret melancarkan perjalanan sesuatu kes. Tugas utama seorang Jurubahasa adalah menterjemahkan dokumen ataupun secara lisan dari bahasa utama ke bahasa sasaran atau sebaliknya (vice-versa). Jurubahasa mahkamah amnya terdiri daripada Jurubahasa Melayu, Jurubahasa Cina dan Jurubahasa Tamil. Untuk kes-kes tertentu, sekiranya Jurubahasa asing diperlukan, mahkamah akan memohon jurubahasa tersebut dari Mahkamah di Putrajaya.

Selain tugas-tugas menterjemah, Jurubahasa perlu menyediakan dan memastikan bahawa kertas-kertas pertuduhan atau fail-fail kertas disediakan sebelum bersidang, memastikan kelancaran mahkamah, menjaga sistem rakaman prosiding, menaip nota keterangan, menyediakan waran menahan, waran memenjarakan, mengemaskinikan buku Eksibit dan Diari Mahkamah, menyediakan laporan harian dan bulanan dan sebagainya

Sesiapa yang berminat menjadi Jurubahasa bolehlah mengemukakan permohonan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam secara online. Syarat-syarat permohonan ialah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia, kepujian Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat sijil tersebut. Selamat mencuba!

Bluerose 8/2016

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s