Indahnya cinta Mat Rock

Pagi-pagi lagi sudah kedengaran suara merdu yang mendendangkan lagu-lagu versi rock. Aliah mula baran apabila tidurnya di ganggu, lantas dia bangun dan keluar ke serambi rumahnya. ‘ish, mat rock. Tahulah suara ala-ala Amy Search. Kalau nak nyanyi tu petang-petanglah sikit tak boleh ke?’ .Aliah memandang mat rock yang sedang membasuh keretanya sambil beria mendendang kan lagu rocknya.

“Sejarah yang lalu .. ohh  adalah ujian bagi ku. Sekiranya kau perlukan aku   . Aku masih ada sisi. Seandainya aku tiada lagi. simpan lah cintaku didadamu ohhh sayang aaaaaa.”
“Hoi. Assalamualaikum rumah sebelah!”
“Waalaikumussalam , sayang. Awalnya bangun?” gerangan si mat rock mula menyakat si gadis jiwang.
“Hish. Sapa yang yang nak jadi sayang awak ni. Perasan ek.” Aliah menunjukkan penumbuknya.
“Alah, awak jangan cakap besar tau nanti kalau awak jatuh cinta dekat saya baru awak tahu,” Si mat rock memandang gadis yang berdiri dalam keadaan tidak terurus itu sambil tersengih.
“Dah, janganlah merepeklah mat rock. Awak ni memang suka ke menganggu ketenteraman jiran-jiran yang sedang tidur?” Aliah sudah mula membuka kitabnya tiap-tiap pagi sabtu yang hening itu.

“Kenapanya awak, dah pukul 10.30 tau. Lagipun dua teres berkembar setingkat ni kan kite je yang huni. Jiran sebelah sana taka de pun marah saya. Lagipun memang saja saya nak kejut gadis jiwang macam awak ni bangun. Tak elok tau anak dara bangun lambat.” Mat rock tambah lagi menyakat gadis debab yang sedang bengang itu.
“Ish awak ni, membebel macam mak sayalah. Biarlah nanti saya dah kahwin saya bangunlah awal. Awal ni sibuk betul lah. Dahlah haa sambunglah nyanyian rock awak tu. Malas nak layan mat rock macam awak ni,” Aliah segera masuk ke dalam kerana takut di sakat lebih lama lagi. Pernah juga dia seakan ingin menangis di sakat mat rock yang tak ada perasaan tu.
“Haha, aku menang lagi. !” si mat rock berlagu riang dapat mengenakan si minah jiwang yang sentiasa berangin dengannya.

Aliah memandang Eilly yang sedang leka meneliti data yang perlu di ubah selepas di semak oleh lecturernya. Sesekali teringatkan si mat rock yang sudah lama tidak pulang ke rumah . kadang-kadang rasa juga rindu apabila tiada suara mat rock yang mendendangkan lagu-lagu rock maklumlah hampir setahun si mat rock tu berjiran dengannya. Inilah yang dikatakan cinta kot ‘ Ehh tapi tak mungkinlah aku jatuh cinta kat si mat rock ni. Tak ada org lain ke.’ Lamunannya terhenti apabila terlihat Eilly memandangnya sambil tersenyum.

“Awak ni kenapa eilly, nak kena sepak ek,” Aliah membaling bantal ke arah Eilly.
“Dah awak tu termenung sorang-sorang . lepas itu berkerut kening pula tu. Manalah saya tak tengok awak. Kelakar awak tahu tak,” eilly  tersenyum melihat muka rakannya itu.
“Ehh, mana adalah!” nafi Aliah. ‘jangan lah minah ni sebut nama mat rock tu, memang kantoi jugak kang aku rindu dia,’.
“Alah, awak cakaplah awak rindukan si Shuib tu kan senang, jangan nafi lagi.” Eilly meneka lebih tepat .
“Ish. Tak ada masa nak rindu si mat rock tu,” rahsia tetap rahsia. Tak boleh lepas ke pengetahuan orang ini. Memang si mat rock tu pasti akan tahu.
“Alah, saya tahu. Si mat rock tu ada kerja kat luar sikit maklumlah kerja dia kan susah sikit. Esok dia baliklah , awak jangan risau tau,” Eilly sudah ketawa melihat muka Aliah  yang sudah bengang.
“Ishh, awak ni !” Aliah mula mengerjakan Eilly yang sudah siap berlari ke atas.

Shuib yang sedang membaca komik naruto yang baru di belinya semalam terkejut apabila Firdaus menepuk bahunya.
“Oi, kau bila nak propose mak cik jiwang sebelah rumah kita ni. Kang di ambil orang , kau yang  putih mata,”
“Entahlah bro, aku pun tak tahulah. Nampak gaya macam dia benci kat aku je. Aku tak beranilah bro,” Shuib meletakkan komik kesayangan di atas meja.
“Belum cuba belum tahu, Ni aku ada cerita hot untuk kau,” Firdaus sudah mula dengan gossip panasnya.
“Apa dia kau ni, kenapa cerita macam suspen ni,” muka shuib sudah mula takut.
“Mak cik tu suka kat kau tau sebenarnya, masa kau tak ada. Selalu jugak aku tengok dia termenung pandang luar rumah kita ni. Dia je tak perasan aku,” Firdaus beria menceritakan kejadian yang dia lihat seminggu lepas.
“ehh kau jangan main-mainkan perasaan aku bro,aku sepak kau kang,” Shuib menumbuk lembut bahu rakannya.
“Aku cakap betullah ni. Tunang aku pun cakap dia asyik termenung je kat umah. Kadang-kadang dengar lagu rock sorang-sorang,” bahu Shuib di tepuk perlahan.
“Asal dia tak cakap awal-awal dia suka aku. Kalau lah dia cakap aku dah lama propose dia,” Shuib segera bangun  sambil membetulkan bajunya.
“Kau nak pergi mana ni?”
“Nak pergi jumpa dialah,”
“Serius ni kau nak propose dia?” muka firdaus  seakan tidak percaya.
“Yelah, tidak sanggup lagi aku memendam perasaan ini,” ketawanya mula kedengaran.
“Bagus, jom ikot aku,”

Aliah yang sedang menaip tiba-tiba terkejut dengan pertanyaan bernas dari kawannya itu. ‘kalaulah Si mat rock tu propose aku, apa aku nak buat,’. Aliah terpaku seketika.
“Oi, aliah dengar taka pa yang saya  Tanya?” Eilly menepuk lengan rakannya itu.
“Aku tak tahulah,” terlepas sudah.
“Haa, kantoi. Awak  sebenarnya suka kat mat rock tukan,” Eilly ketawa riang.
“Adush, awak ni. Suka curi rahsia lah.” Aliah sudah mula malu. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya kea rah tasik.
“Eleh, kalau mat rock suka kat awak jugak. Awak suka tak kat dia,” Eilly mengorek rahsia lagi.
“Kalau betul Alhamdulillah,” perlahan sahaja dia menjawab.
Tiba-tiba kedengaran suara speaker yang mendendangkan lagu rock. Dia menoleh kebelakang . terpaku melihat wajah Shuib yang dari jaoh memegang bunga ros berwarna merah jambu dan teddy bear berwarna coklat.
“Nur Aliah a.k.a minah jiwang, kalau hari ini saya buat pengakuan. Adakah awak akan mendengarnya dengan hati yang terbuka,”
Dari jauh Aliah sudah mengangguk sambil berdiri memandang Eilly dan Firdaus yang tersenyum memandang ke arahnya.
“Shuib cepatlah cakap,”laung Eilly.
“Nur Aliah  saya tahu, saya selalu menyakat awak. Menganggu tidur awak, buat awak selalu geram dengan perangai saya, tapi sebenarnya itu cara saya untuk menarik perhatian awak. Jadi hari ini saya ingin melamar awak,” Shuib meng hampiri Aliah yang sudah terpaku memandangnya.

“Sudikah awak Nur Aliah menjadi kekasih dan suri di hati saya Mohd Shuib yang selalu menyakat awak ini,” Shuib melutut dan menghulurkan sejambak bunga dan teddy bear kepada Aliah.
Aliah terpaku memandang Shuib yang tersenyum manis ke arahnya. ‘alamak macam mana ni, aku memang suka kat dia ni. Tapi aku malulah, aku yakin dia boleh membahagiakan aku, ya allah  jika ini adalah jodoh ku, aku terima dia dengan ikhlas,’.
“Saya terima awak,” Aliah memandang Shuib sambil mencapai bunga dan teddy bear itu.
“Terima kasih awak,” muka Shuib kelihatan puas dan gembira.
“Terima kasih kerana mencintai saya dan memilih saya, ternyata saya tak bertepuk sebelah tangan.
“Saya berjanji akan membahagiakan awak sehingga akhir nyawa saya, dan tidak akan sesekali saya menyakiti awak, terima kasih kerana membalas cinta saya Allah memperkenankan doa saya untuk awak menerima saya, saya bersyukur sangat.” Shuib memandang Aliah yang sedang menatap wajahnya.
Aliah hanya mampu mengangguk. Semoga kasihnya berpanjangan bersama si dia. ‘ya Allah terima kasih kerana mempertemukan kami,’.

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s