Perjalanan Manuskrip Harry Porter

Harry Potter adalah antara franchais media yang paling berjaya di dunia. Dengan gelaran seorang “billionaire” J.K Rowling adalah satu-satunya penulis yang berjaya mendapat gelaran tersebut semasa hidupnya. Walau bagaimanapun jika kita tinjau semula kehidupannya sebelum menjadi antara orang terkaya di dunia, J.K Rowling juga pernah menjadi seorang penulis yang berada di tahap paling bawah.

Pada tahun 1990, ketika J.K Rowling menaiki keretapi dari Manchester ke London, idea mengenai satu watak bernama Harry tiba-tiba muncul dalam kotak fikirannya. Watak-watak lain dan jalan cerita utama kemudiannya datang dengan begitu jelas semasa perjalanan tersebut dan sebaik sahaja beliau sampai ke rumah, beliau terus menulis.

Pada tahun 1995, J.K Rowling akhirnya berjaya menyiapkan manuskrip novel pertama dalam siri Harry Potter bertajuk “Harry Potter and The Philisopher’s Stone” menggunakan mesin taip manual. Manuskrip itu kemudiannya diserahkan kepada Christopher Little Literary Agent yang bertindak sebagai wakilnya untuk mencari penerbit. Manuskrip itu telah dihantar ke 12 penerbit tetapi telah ditolak. Kira-kira setahun kemudian, Bloomsbury, sebuah syarikat penerbitan kecil di London telah bersetuju untuk menerbitkan manuskrip ini. Keputusan ini dibuat setelah anak kepada Pengerusi syarikat berkenaan yang berumur 8 tahun menggemari cerita tersebut. Beliau mendapat pendahuluan sebanyak 1,500 pound sterling dan dinasihtakan oleh pihak syarikat untuk mencari kerja kerana pada pandangan mereka buku kanak-kanak sukar untuk dijual.

Pada tahun 1997, J.K Rowling telah menerima bantuan kewangan berbentuk grant daripada Scottish Art Council sebanyak 8,000 pound sterling untuk meneruskan minatnya menulis.

Hak penerbitan buku pertamanya kemudiannya dilelong di Amerika Syarikat dengan harga US105,000 dan telah dimenangi oleh Scholastic Inc. Pada tahun 1998 buku pertamanya telah diterbitkan di Amerika Syarikat dengan sedikit perubahan tajuk “Harry Potter and The Sorcerer’s Stone”. J.K Rowling kemudiannya menulis 6 lagi tajuk dibawah siri Harry Potter dan buku terakhir dalam siri itu telah diterbitkan pada tahun 2006.

Hak adaptasi perfileman untuk siri Harry Potter telah dibeli oleh Warner Bros dengan nilai 7 angka (Dollar Amerika).  Filem adaptasi pertama telah diterbitkan pada tahun 2001 dan dua episod terakhir pada tahun 2011.

Untuk pengetahuan pembaca, semasa artikel ini ditulis jumlah jualan buku Harry Potter sudahpun melebihi 400 juta naskah di seluruh dunia.

Siapa sangka ilham yang datang secara tiba-tiba boleh menjadi satu produk yang sangat berjaya. Yang pasti, selepas ini saya akan tulis semua ilham-ilham saya!

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s