Negeri Penyu; Kuala Terengganu tempat menarik yang wajib anda lawati

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan negeri yang terletak di pantai timur semenanjung Malaysia dan terkenal dengan kecantikan pulau dan pantainya sehingga mendapat gelaran ‘Negeri pesisir pantai’. Terdapat banyak versi dalam penceritaan sejarah penamaan Terengganu di mana salah satu nya adalah menurut cerita yang dikatakan dapat didengar daripada Marhum Baginda (Sultan Umar, Sultan Terengganu yang ke sembilan memerintah 1839-1875, kononnya pada zaman dahulukala sebelum negeri ini dikenali dengan Terengganu, ada suatu rombongan dari negeri Pahang mengembara di sebelah Ulu Terengganu kerana memburu.

Apabila angkatan itu sampai ke sungai Terengganu Mati, seorang daripadanya ada berjumpa sebatang taring, kata seorang di antara mereka; “Taring apakah ini?, jawab seorang lain ” Taring anu…” kerana tidak ingat hendak menyebut namanya, dan kisah perbualan antara mereka habis begitu sahaja.

(Sumber fakta: http://www.terengganu.gov.my/)

 

Terdapat banyak tempat yang boleh dilawati sekitar bandar Terengganu jom kita lihat.

1.      Kedai Pasar Payang

Pasar payang merupakan ikon terpenting Kuala Terengganu. Tanya sahaja mana-mana penduduk tempatan mesti mereka syorkan untuk membuat lawatan ke sana. Disini terdapat banyak barangan dari barang basah seperti hasil laut, buah-buahan, sayur-sayuran sehinggalah barang-barang kraftangan seperti batik, tembaga dan songket. Sekiranya ke sini, bolehlah membawa duit lebihan kerana banyak barangan yang boleh anda dapati untuk di bawa balik sebagai buah tangan. Jika pandai tawar-menawar anda pasti dapat membeli pada harga yang berpatutan.

2.     Kampung Cina

Terletak bersebelahan dengan Pasar Payang, Kampung Cina juga merupakan tempat yang biasanya menjadi tumpuan pelancong. Di sini anda boleh mengambil gambar kenangan di mana banyak mural menarik di buat di dinding-dinding. Di sini juga terdapat beberapa kafe yang menarik seperti The Tappers, Star Annise dan Mek Awang yang mana amat sesuai bagi anda yang ingin bersantai merasai makanan yang enak dengan pemandangan yang indah.

3.      Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Burok merupakan tempat pilihan ibu bapa bagi membawa anak-anak mereka bersantai terutamanya pada waktu pagi, petang dan malam. Di sini terdapat kemudahan permainan bagi kanak-kanak dan terdapat juga penjaja yang menjual makanan tempatan seperti keropok lekor, sate ikan dan sotong tarik. Di sebelah malam suasana menjadi lebih menarik apabila banyak lampu-lampu berwarna warni dan terdapat kereta kuda berhias yang boleh anda naiki dengan bayaran serendah RM5 seorang. Pantai Batu Burok mendapat nama sempena satu timbunan batu yang anda boleh lihat di tengah laut yang berwarna hitam dan buruk rupannya.

pantai batu buruk

4.     Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam turut menjadi mercu tanda Bandaraya Kuala Terengganu. Di wujudkan di atas Pulau Wa Man, TTI merupakan pilihan pelancong yang datang ke Kuala Terengganu. Disini disediakan kemudahan seperti Cruise Taman Tamadun Islam, Taman Monumen masjid seluruh dunia dan Restoran B’benteng. Disini jugalah terletaknya Masjid Kristal yang menjadi kebanggaan warga Terengganu.

taman tamadun islam

5.         Masjid Terapung

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai masjid terapung terletak di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Dibina diatas air menjadikan masjid ini unik dan pemandangan nya menarik telah menjemput pengunjung datang kesini. Masjid ini juga menjadi tumpuan penduduk sekitar kerana pengisian masjid seperti ceramah agama dan kelas mengaji yang diadakan pada setiap hari.

masjid terapung

6.      Dapo Pata

Bagi sesiapa yang mengimpikan untuk bersantai seperti di Bali, Dapo Pata merupakan pilihan yang baik. Bertemakan konsep kedai kontena disini anda boleh memilih makanan yang pelbagai untuk di rasa sebagai contoh spaghetti, chicken chop, nasi lemak dan sebagainya. Suasana tepi pantai ini bertambah menarik dengan keunikan tempat duduk yang disediakan oleh pemilik gerai. Di sebelah malam juga pengunjung turut disajikan dengan pertunjukan dari kumpulan penyanyi .

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s