10 langkah lindungi anak daripada menjadi mangsa PEDOFIL

Apa itu Pedofil ? Pedofil adalah individu dewasa yang mempunyai gangguan psikologi iaitu mereka yang tertarik untuk melakukan hubungan intim dengan kanak-kanak atau menggunakan kanak-kanak yang belum baligh atau di awal baligh untuk memuaskan nafsu mereka.

Pedofil memang tidak mempamerkan tanda PEDOFIL’ yang tertulis pada dahi atau belakang mereka. Namun, ada langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah insiden buruk ke atas cahaya mata anda.

Dipetik dari Encyclopedia of Mental Disorder, pedofilia dirujuk sebagai gangguan psikoseksual di mana fantasi atau penglibatan sebenar dalam aktiviti seksual dengan kanak-kanak menjadi cara untuk mencapai kemuncak keseronokan.

1. Berhenti mempamerkan gambar anak di laman sosial

Hari ini majoriti ibu bapa ada akaun Facebook dan Instagram. Menjadi trend semua orang akan memuatkan naik gambar anak kecil di laman sosial. Mulanya hendak berkongsi sedikit gambar anak tetapi lama kelamaan jadi seronok dan obsesi kerana mendapat perhatian orang ramai.

Kawal diri daripada kerap memuat naik gambar anak kecil di laman sosial, jika boleh berhenti terus kerana pedofil sanggup menunggu berjam-jam di hadapan komputer semata-mata hendak menjejaki gambar kanak-kanak yang mereka sukai. Takut-takut salah satu gambar yang terpilih adalah gambar anak anda!

2. Tak perlu beritahu seluruh dunia

Trend menulis status diri di laman sosial juga boleh mengundang bahaya terutama sekiranya memberitahu lokasi dan aktiviti yang sedang dilakukan bersama anak-anak. Tanpa disedari pendedahan maklumat peribadi ini mengundang para pedofil mendapat mangsanya.

3. Jangan tayang gambar anak berpakaian seksi

Walaupun anak anda masih lagi bayi tetapi jangan sekali-kali memuat naik gambarnya berpakaian seksi atau berkeadaan bogel. Sedangkan gambar kanak-kanak yang berpakaian sopan dan dimuat naik ke laman sosial pun tidak terlepas daripada menjadi mangsa pedofil apatah lagi gambar anak yang seksi.
Dengan pelbagai kecanggihan teknologi dan aplikasi masa kini, pedofil boleh menyunting gambar kanak-kanak menjadi bogel dan sebagainya.

4. Didik anak jaga diri

Ajar dan beritahu anak anda tentang menjaga keselamatan diri sendiri dan tahu apa bahagian sulit badan mereka yang tidak boleh disentuh oleh orang lain. Banyak kes yang dikongsikan mangsa memberitahu bahawa pesalah pedofil ada di dalam kalangan ahli keluarga atau orang terdekat dengan anak kita seperti pengasuh, guru dan sebagainya lagi.
Jadi, sentiasa ingatkan anak-anak walaupun mereka itu rapat dan biasa ditemui setiap hari tetapi perlu ada batasan pergaulan.

5. Siasat apa yang diberitahu anak

Jika anak ada memberitahu sesuatu yang mencurigakan, segera siasat perkara tersebut! Jangan cuba mengabaikan atau menganggap anak anda masih kecil dan sengaja membuat cerita. Sentiasa berwaspasa dan curiga dengan apa yang diberitahu oleh anak.

6. Asingkan tempat tidur anak

Sebaiknya apabila anak sudah tidak memakai lampin dan menyusu susu ibu (anggaran usia empat tahun), asingkan tempat tidur mereka dengan ibu bapa. Islam juga ada menjelaskan hukum tentang pengasingan tempat tidur anak dengan ibu bapa walaupun anak belum baligh (tetapi telah sampai umur mumayyiz).
Ia untuk mengelakkan daripada terdedahnya aurat ibu bapa kepada anak-anak. Walaupun masih kecil tetapi jika anak dibiarkan melihat aurat ibu bapa maka ia akan membekas dalam diri mereka.

7. Hadkan pergaulan anak lelaki & anak perempuan

Walaupun adik beradik, mereka perlu diajar dan diberitahu tentang had batasan pergaulan. Jangan biarkan mereka terlalu rapat tanpa batasan kerana bimbang apabila semakin besar ia boleh menjerumuskan kepada sumbang mahram.

8. Hadkan pergaulan anak perempuan dengan ayah

Anak perempuan dan ayah memang perlu ada ikatan yang rapat tetapi mereka perlu diingatkan tentang batasan pergaulan. Pelukan, ciuman dan kasih sayang yang diberikan oleh ayah mestilah berdasarkan kasih sayang seorang ayah kepada anak. Ibu perlu juga berwaspada dan bijak mengesan sebarang kecurigaan. Bukan apa, banyak juga kes pesalah pedofil yang diceritakan turut melibatkan dari kalangan ayah sendiri.

9. Anak lelaki juga boleh menjadi mangsa

Bukan anak perempuan sahaja yang akan menjadi mangsa pesalah pedofil tetapi anak lelaki juga tidak terkecuali. Pastikan anda tidak terlepas daripada memberitahu anak lelaki tentang bahaya tersebut dan pentingnya menjaga keselamatan diri mereka.

10. Jerit & lari

Ajar anak kecil anda, jika ‘orang jahat’ sama ada yang dikenali atau tidak dikenali mengganggu mereka (menyentuh bahagian sulit mereka) segera menjerit sekuat hati, menggigit orang itu dan larikan diri sejauh mungkin daripada orang itu. Sekurang-kurangnya ini dapat melepaskan mereka daripada menjadi mangsa.

Jagalah keselamatan anak kita di mana sahaja mereka berada. Ibu bapa yang bertanggungjawab melindungi anak-anak kecil daripada menjadi mangsa jahat si pedofil.

Sumber: BERNAMA

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s