Keluh kesah seorang guru pernah dipanggil ‘monkey’

 

Kau rasa kau sempurna
Tiada cela
Kau rasa kau sempurna
Org lain ada saja
tak kena
Kau rasa kau sempurna
Hanya memandang
sebelah mata
Kau rasa kau sempurna
Asyik mengadu domba
Aku tak sempurna
Tapi aku bahagia
Aku tak sempurna
Namun tak henti
berusaha
Kita semua tak
sempurna
Janganlah kita leka
Insan dan kesilapan
terpisah tiada
Kita tak sempurna….

Guru. Satu jawatan yang diangkat tinggi darjatnya. Dipandang mulia. Kenapa? Sedari kecil istilah ‘guru umpama lilin’ sudah saya dengar dan terhadam dalam jiwa. Justeru itulah, seawal usia 7 tahun saya telah menanam cita-cita untuk menjadi guru. Dalam 8 orang adik beradik, 4 orang dari kami adalah guru. Dua orang mengajar di sekolah menengah, saya di sekolah rendah dan warga pendidik yang baru dalam keluarga kami, adik bongsu saya mengajar pra-sekolah.

Saya bukan nak bercerita tentang kisah keluarga saya, tapi tugasan yang kami galas ini. Betul, ia memang bukan mudah. Pedagogi yang dipilih perlu tepat, bergantung usia pelajar. Kalau budak sekolah rendah atau pra, mereka gembira bila diajak menyanyi dan menari. Bila ke peringkat sekolah menengah, mereka sudah bosan dengan kaedah sebegitu. Kalau semasa umur 6 hingga 12 tahun, mereka masih ada rasa hormat dan gerun dengan manusia bergelar guru. Bila di peringkat yang lebih tinggi, ditegur sikit mulalah meninggi suara.

Bila keluar di dada akhbar, media sosial tentang kealpaan guru, ramai yang lantang bersuara. Hinggakan kes pakcik pukul pemandu bas sekolah sehingga mati pun, cikgu turut tersenarai sebagai punca. Pastilah ramai guru yang tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut. Termasuklah kami empat beradik. Kes pukul pelajar sampai koma yang berlaku di Kelantan, pelbagai versi cerita yang keluar. Hinggakan saya sendiri keliru dengan kes ini.
Dalam group what’sApp keluarga, kami bincang hal ini.

Dalam 8 beradik, kami ada 4 orang lain yang bukan guru. Kami tidak menolak pandangan mereka sebagai ibubapa. Isu anak mereka dipaksa mengaku kesilapan yang tidak dia lakukan. Gara-gara cikgu nak tutup kes cepat. Dan juga pernah sekali bapa pelajar lain datang menyerang ke rumah dan marah-marah kata anaknya dibuli oleh anak kakak saya. Kakak saya tidak menafikan anaknya bersalah. Apa yang dia kesal, guru di sekolah yang memberikan alamat rumah kakak saya. Sebabnya, dia didesak oleh bapa pelajar yang katanya dibuli oleh anak buah saya itu. Kakak saya menyalahkan guru terbabit kerana gagal menyelesaikan perkara ini dengan cara yang lebih baik.
Ada satu kes lain pula, rakan fb saya meluahkan perasaan tidak puas hati atau marah mungkin, kerana guru tersilap taip nama pada sijil anaknya. Bukankah penyelesaian yang lebih mudah, beritahu guru yang berkenaan, bukannya menghamun di facebook.

Saya tak cakap guru ni insan sempurna. Nama guru itu yang menuntut kami untuk jadi sempurna. Sebab tulah silap yang sedikit, nampak sangat besar. Kami ni manusia biasa sahaja. Tak lari dari melakukan kesalahan. Dulu, cikgu saya pernah panggil kami yang kurang bijak ni ‘monkey’. Tak terasa hati sikitpun. Tak pernah cerita dengan mak abah pun. Kalau murid hari ini, janganlah silap cakap sikit, tetiba saja guru besar panggil masuk pejabat.

‘Malaikat maut.’ Itu antara gelaran untuk saya. Saya memang seorang yang tegas. Garang juga. Bahasa saya memarahi anak murid saya, bunyinya memang sangat ganas. Contohnya: ‘awak jangan sampai saya smackdown awak.’  Ganas kan bunyinya? ‘Apahal pandang-pandang? Nampak ni? (sambil tunjuk penumbuk). Nampak ganas sangat kan? Kawan-kawan pun tak berani tegur bahasa saya tu. Tapi, anak murid saya tahu, itulah ‘gurauan’ saya.
Setiap cikgu ada cara sendiri. Apa yang penting matlamat kami, menjadi perwira bangsa demi mendidik waris negara.(antara bait lirik lagu sekolah saya)

Kami hanya seorang insan
Tiada mampu lari dari kesilapan
Andai ada sebarang kekhilafan
Bantulah kami perbetulkan
Usah cepat melempar kemarahan
Tegurlah kami dengan kelembutan
Tak mampu kami mendakap tohmahan
Bukan malas sebagai alasan
Kekangan masa seketika melalaikan
Kemaafan kami harapkan
Hulurkan tangan kami harapkan
Anak bangsa anak didikan
Semampu boleh tak mahu diabaikan
Andai terasa diri diabaikan
Marilah kita duduk membincangkan
Kalau ada tak puas di hati
Datanglah pada kami
Bukannya perli kami di FB
Bersama kita cuba atasi
Ukhuwah kita jalinkan
Generasi terpuji bersama
kita lahirkan…

Dulu cikgu bahasa inggeris saya pernah panggil saya ‘monkey’, sebab asyik bagi jawapan salah. Hari ini , ‘I am an english teacher.’ Semangat ‘monkey’ tu antara kekuatan saya. Hihihihihi…still, I want to thank you Madam Loh. Rasanya kalau dia jumpa saya hari ni dan ingat kisah 26 tahun dulu, apa perasaan dia?

Seperti bait puisi saya di atas, ukhuwah kita jalinkan, generasi terpuji bersama kita lahirkan. Justeru itu, janganlah kita jadi perwira di alam maya. Bila kes guru vs pelajar diviralkan, 3 kumpulan akan ‘bertarung’ di alam maya.

Geng guru vs geng ibubapa vs geng masyarakat. Dalam viral inilah jari-jari akan menuding mencari siapa yang perlu dipersalahkan. Seperti dalam lagu kanak-kanak, ‘Bangau oh Bangau’…
Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul…
Dan akhirnya dalam  bangau ini…si ular yang bersalah. Seperti dialog Mail dalam Upin Ipin…’aku jugak’.

Siapapun yang bersalah, yang salah tetap salah. Kalau guru yang salah, terimalah padah. Kalau murid yang salah, apa jua hukuman terima sajalah. Kalau ibubapa yang salah, minta maaf sajalah.

Saya tutup coretan senget sebelah ini dengan serangkap pantun:
Salah silap harap maafkan
Salah sendiri jangan abaikan
Panjang usia satu kesyukuran
Tanggungjawab jangan alpakan

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s