3 perkara penting jika anda mahu menyambung pelajaran ke peringkat Master/PhD

1) Biasiswa/Tajaan
Untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana, kewangan yang kukuh adalah aspek yang perlu dipertimbangkan. Maksud kukuh dalam konteks di atas ialah biasiswa atau tajaan yang ada untukmembiayai pembelajaran anda. Salah satu biasiswa yang ada adalah MyBrain15. Namun, pada awal tahun 2016, syarat kelayakan MyBrain15 telah ditukar seperti pointer mestilah sekurang-kurangnya 3.0 keatas dan pengajian adalah sepenuh masa. Kepada individu yang pointer nya kurang daripada 3.0, salah satu cara yang boleh membantu dalam kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana adalah dengan memilih projek yang ada research grant ataupun lecturer yang melantik research
assistant dimana anda akan diberi elaun setiap bulan. Melalui pengalaman saya, myBrain15 adalah untuk pembiayaan yuran saya manakala wang saku adalah daripada elaun yang saya dapat tiap bulan atas lantikan research assistant. Pilihan lain yang ada ialah boleh membayar yuran menggunakan KWSP mak ayah. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web KWSP. Selain daripada itu, ada negeri yang memberi bantuan/saguhati kepada anak negeri jika mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkatsarjana muda/ sarjana.
2) Pemilihan Universiti
Bagi pendapat saya, pemilihan universiti adalah salah satu faktor yang sangat penting. Melalui pengalaman saya, ramai antara kawan-kawan saya yang terpaksa extend tempoh pengajian sehingga ada yang 4 tahun gara-gara universiti tersebut mempunyai alatan penyelidikan yang terhad, membuatkan ramai pelajar terpaksa menunggu berbulan sehingga ada yang makan masa bertahun semata-mata mahu menggunakan alatan penyelidikan itu. Adalah satu bonus jika anda menyambung di universiti di mana anda menyambung degree anda kerana telah tahu macam mana system peminjaman
berlaku, peralatan penyelidikan yang biasa anda gunakan semasa di peringkat degree dan juga telah mengenali staf-staf jabatan anda.
3) Pemilihan Penyelia
Ada rakan-rakan yang bingung mengenai pensyarah yang baru dilantik untuk menjadi penyelia mereka. Tidak semestinya penyelia yang baru dilantik menjadi pensyarah adalah tidak bagus. Itu pentingnya kita merisik melalui teman-teman atau pelajar di bawah seliaan mereka terdahulu tentang cara pensyarah itu bekerjasama dan mendidik pelajarnya. Merujuk kepada rakan saya yang extend sehingga 4 tahun garagara
tiada persefahaman di antara mereka, dalam hal ini, kadang-kadang pelajar tidak menghormati pandangan pensyarah sehingga menimbulkan ketidaksefahaman antara mereka. Ada juga yang disebabkan pensyarah yang sangat complicated dan keras kepala tidak mahu menerima pendapat pelajar. Jika anda menyambung pengajian di universiti serta jabatan yang sama ketika anda buat degree, itu adalah bonus untuk anda. Sudah tentu 3 tahun anda menuntut ilmu, anda sudah kenal dan masak dengan semua perangai dan kerenah pensyarah anda. Jadi, adalah bonus disini kerana andasudah tahu pensyarah ini macam mana dan boleh bersabar dengan mereka.

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s