MERDEKA bukan hanya mengibarkan bendera semata-mata

Berbicara merdeka mudah dikata
Semua tahu merdeka iaitu
Terlepas dari dijajah oleh bangsa komunis yang menceroboh tanah melayu suatu ketika dahulu
Masa tu kita pun belum dilahirkan lagi
Jadi generasi sekarang cuma mendengar sejarah dari orang-orang dahulu
Iaitu mak ayah kita

Hakikatnya kemerdekaan sekarang bukan hanya mengibarkan bendera semata-mata
Erti kata lain merdeka hanya dibuat-buat
Cuba tengok sendiri sekilas lalu
Terutama anak-anak muda kita
Berpeleseran tanpa tujuan
Gelendangan diibu kota semakin berleluasa
Orang-orang tua di setiap lorong menadah tangan untuk kelangsungan hidup
Merdekakah itu?

Manusia diceruk kampung juga melarat
Begitu juga dikota ada yang merempat
Bukan kerana tak berkerja atau pemalas
Siang malam tak berhenti mencari rezeki
Sampaikan anak terkedu melihat bapa
Sampaikan anak berhenti teriak melihat ibu
Sedih bukan?
Ini bukan apa kerana dunia sekarang tak pernah cukup
Kos yang tinggi, semua hal jangan sembang jika tak ada wang
Merdekakah itu?

Merdeka itu sebenarnya
Tak terikat dengan dunia semata-mata
Ada masa bersama keluarga
Ada masa untuk ke masjid
Ada masa untuk berubah dari tak baik kepada baik
Ada masa untuk muhasabah diri dari tak cukup kepada mensyukuri
Ada masa tak selalu menyalahkan antara satu sama lain
Ada masa memberi bagi yang berkemampuan
Ada masa untuk menerima pandangan orang lain
Ada masa untuk berbakti pada orang tua selagi masih ada
Ada masa untuk menghargai adik beradik
Yang penting
Ada masa untuk diri sendiri juga..

Bahagikan masa sebaiknya
Untuk merdekkan kita sebenar-benarnya
Merdeka diri sendiri adalah satu anugerah.

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Arie.

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s