[Gambar] Dua wanita terlantar di atas jalan selepas bergaduh 8 jam berturut-turut

Ketika orang ramai di China bergegas menyejukkan diri di dalam kolam renang, dua wanita di daerah Shanxi seolah tidak menghiraukan cuaca terik yang melanda China. Kedua-duanya berdiri di bawah matahari terik selama 8 jam berturut-turut tanpa makan dan minum, bergaduh dan menjerit antara satu sama lain sehingga kedua-duanya pengsan.

Siasatan awal mendapati bahawa kedua-duanya bergaduh disebabkan hutang. Mereka bertemu di lokasi lebih kurang pukul 2 petang dan 2 jam kemudian, salah seorang daripada mereka menghubungi polis. Pegawai polis yang tiba menasihatkan agar mereka menyelesaikan isu hutang berkenaan di mahkamah, tetapi kedua wanita itu berdegil  untuk menyelesaikannya di situ juga.

Sekitar jam 10 malam, pegawai polis sekali lagi datang ke lokasi dan menemui kedua-duanya pengsan dan terlantar di atas jalanraya. Salah seorang dari mereka berbuih mulut dan keduanya dihantar ke hospital dan dilaporkan stabil.

Sumber : shanghaiist.com

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s