PROTON PERSONA 2016 DILANCARKAN PADA HARI INI

Syarikat kereta PROTON sekali lagi melancarkan secara rasmi kereta keluaran terbaru nya PROTON PERSONA 2016 secara rasmi nya pada hari ini.Dikeluarkan dengan tiga tahap iaitu Standard,Executive dan Premium kesemuanya dikuasakan dengan 1.6 litre VVT yang menyalurkan 107hp dengan tork setiggi 150Nm.

Proton Persona dikeluarkan dengan 6 enam warna pilihan iaitu Midnight Black, Sterling Silver, Cotton White, Graphite Grey, Fire Red dan Carnelian Brown dengan harga sekitar RM46,800 hingga RM59,800 seunit.

Kereta ini telah menerima pengiktirafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP dengan dilengkapi enam beg udara bagi spesifikasi tertinggi iaitu Premium dan dua beg udara bagi varian yang lain.

Keluaran kali ini mampu memecut 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 10.9 saat, prestasi lebih baik berbanding 12 saat untuk model terdahulu.

Tahap penggunaan bahan api mencatatkan purata 5.6 liter bagi 100 kilometer, selain kedapan bunyi dipertingkatkan untuk memberi ketenangan ketika memandu.

Ia turut didatangkan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Bantuan Brek (BA), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Brek Antikunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD).

Struktur badan lebih kuat bagi meningkatkan keselamatan penumpang apabila menggunakan inovasi terkini iaitu teknologi Hot Press Forming.

 

 

SUMBER : Paul Tan’s Automotive News dan careta.my

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s