Dato’ Lee Chong Wei buktikan ‘Malaysia Boleh’

Baru-baru ini gelombang sukan badminton berpusar di seluruh Malaysia apabila Dato’ Lee Chong Wei berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir perlawanan badminton Olimpik 2016 di Rio De Jeneiro. Dalam perlawanan yang cukup mendebarkan itu, Dato’ Lee Chong Wei telah bertemu dengan dengan Chen Long pemain dari China dalam merebut pingat emas bagi acara badminton perseorangan. Kalah pada set pertama dengan 15-21 dan bangkit semula dan memenangi set kedua dengan 21-10 namun akhirnya Lee Chong Wei akur dengan kekalahan set terakhir dengan mata 21-17. Namun demikian, perlawanan ini telah menunjukkan semangat juang yang tinggi oleh Dato’ Lee Chong Wei lantas menjadikan kemenangan pingat perak beliau bagi kali ketiga berturut-turut dalam sukan olimpik.

Chong Wei telah dilahirkan 21 Oktober 1982 dan mendapat pendidikan awal di Jit Sin Primary School (B) sebelum menyambungkan pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Way. Di awal usia 11 tahun beliau telah berjinak-jinak dengan badminton apabila bapanya yang meminati badminton sering beliau ke dalam gelanggang. Bakatnya diasah lagi apabila Misbun Sidek mengambil beliau sebagai anak didik dan mula menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.

Beliau menghampiri gelaran juara pertamanya dalam sesebuah kejohanan utama pada tahun 2003, apabila beliau layak ke pusingan akhir sulungnya di Terbuka Malaysia 2003, sebelum tumpas di tangan Chen Hong dari China. Pada tahun 2004, beliau berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya di Terbuka Malaysia dan Terbuka China Taipei. Beliau menyertai pasukan kebangsaan ke Sukan Olimpik 2004 di Athens. Dalam sukan Olimpik pertamanya, Beliau mengenepikan Ng Wei dari Hong Kong di pusingan pertama sebelum ditumpaskan lagi oleh Chen Hong di pusingan kedua. Apapun, beliau masih terdaya merangkul dua lagi kejuaraan pada tahun 2005, iaitu di Terbuka Malaysia dan Terbuka Denmark, di samping menggondol pingat gangsa dalam aksi Kejohanan Dunia pertamanya setelah kalah di pusingan separuh akhir kepada Taufik Hidayat yang kemudian menjuarai kejohanan tersebut.

Beliau kemudian merangkul tiga kejuaraan dari enam pusingan akhirnya pada tahun 2006. Beliau menjuarai Terbuka Switzerland, Kejohanan Badminton Asia dan (untuk kali ketiga) Terbuka Malaysia, di samping juga mencapai peringkat akhir Terbuka Cina Taipei, Terbuka Macau dan Terbuka Hong Kong. Lee membantu skuad Malaysia menggondol dua butir pingat emas di acara badminton perseorangan lelaki dan pasukan campuran di temasya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne pada bulan Mac. Lee mencapai kedudukan teratas sebanyak dua kali di ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia pada tahun 2006.

Banyak lagi kemenangan yang telah dilakar oleh Dato’ Lee Chong Wei pada peringkat dunia. Kejayaan demi kejayaan ini membuktikan bahawasanya dato’ Lee Chong merupakan ikon terunggul negara bagi sukan badminton Malaysia bertepatan dengan slogan ‘Malaysia Boleh’. Kejayaan beliau sekaligus telah berjaya menempatkan sukan badminton Malaysia di taraf teratas dunia. Meskipun gagal meraih emas dalam Sukan Olimpik baru-baru ini, namun belia tetap menang di hati rakyat Malaysia. Semoga lebih ramai pelapis Chong Wei dilahirkan selepas ini bagi meneruskan legasi pemain betaraf dunia.

‘MALAYSIA BOLEH’

(Sumber fakta; http://pmr.penerangan.gov.my/)

Oleh; zeeys

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s