Perkenalan di media sosial, kerana rupa kau tinggalkan aku

Kisah bermula apabila kau muncul dalam hidup aku. Jika sebelum ini malam aku hanya ditemani kesunyian, sejak aku berkenalan dengan kau Rafiq, malam aku terus berubah. Tiap malam kaulah peneman aku sebelum tidur. Kita berbual panjang, gelak ketawa. Setiap hari ada sahaja cerita yang aku ceritakan kepada kau. Kau dengar dengan penuh semangat dan sentiasa bagi aku kata-kata semangat sehingga aku lupa bahawa kita tidak pernah bersua muka.

Perkenalan 2 bulan lalu hanya di media sosial tanpa bercerita tentang rupa dan fizikal sepanjang kita berkenalan. Oh aku lupa untuk beritahu kau bahawa aku seorang yang berbadan gempal, sedikit rendah dan berkulit cerah. Rasanya tidak ada cacat celanya diri aku untuk terus berkawan dengan engkau.

Kau ingat lagi masa kau ceritakan hubungan kau dengan bekas kekasih putus ditengah jalan hanya kerana kau bergaji kecil dan hanya ada motor sahaja? Aku simpati dengan cerita sedih kau tu. Tapi jauh di sudut hati aku, terdetik juga perasaan cemburu kerana sekurang-kurangnya wanita bertuah itu pernah merasakan kasih sayang kau. Ah.. kisah lamakan. Kini aku dapat rasa kasih sayang kau pada aku. Akulah wanita paling bahagia apabila denganmu Rafiq! Aku tidak pernah kisah rupa paras kau, gaji kau dan motor kau kerana bagi aku, kau seorang lelaki yang baik kerana sentiasa memberikan aku harapan.

Perkenalan selama 2  bulan itu juga kau sering memberikan aku harapan bahawa kau akan datang meminang dan berkahwin dengan aku. Dari situ kau dah mula nampak serius dengan aku. Kau mula menanyakan tentang rupaku, fizikalku tapi aku tidak mahu ceritakan melalui whatsapp tapi aku mengharapkan kita berjumpa untuk kali pertama. Segar lagi dalam ingatan aku, kau pilih tempat yang istimewa untuk kita berjumpa. Kau kata akan jadikan kenangan bila kita ada anak-anak nanti.

Tapi segalanya hancur. Aku menunggu kau di meja yang kau tempah, kau datang bertanyakan namaku dan terus berpaling berlalu pergi meninggalkan aku yang terpinga-pinga di situ. Ya Allah sedihnya perasaan aku pada masa itu Rafiq.

Aku pulang ke rumah dengan perasaan yang sangat malu, sedih, kecewa dan aku menangis kerana kau menipu aku. Kau bagi aku harapan palsu. Kenapa kau tak pernah beritahu aku bahawa kau sangat titikberatkan rupa paras? Kau hilang begitu sahaja tanpa menghubungi aku. Tanpa berita. Sampai hati kau. Aku tak akan pernah mengharapkan cinta kau lagi lelaki. Kerana kata-katamu tidak sama dengan hatimu.

Oleh : Niesa Abdullah

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s