Dilema seorang graduan: bekerja atau meneruskan pengajian?

Oh indahnya dunia apabila kaki melangkah ke atas pentas menerima segulung ijazah. Berpakai jubah merah dan menerima jambangan bunga adalah kenangan manis yang takkan dilupakan.  Namun demikian, semuanya seakan terhenti seketika apabila sedar bahawasanya di situlah akan bermula kehidupan sebenar. Dalam hidup serba mencabar sekarang, sijil graduasi bukanlah lagi penjamin kehidupan yang baik.

Ramai graduan berada dalam dilema samada ingin bekerja atau menyambung pengajian. Ada yang berbisik “pergilah cari kerja sambung belajar susah nak dapat kerja nanti”. Ada pula pendapat mengatakan “Sambunglah belajar nanti dah kerja tak ada masa nak sambung belajar baik teruskan lagipun bukan senang nak cari kerja sekarang”.

Meskipun kedua-dua pendapat ini amatlah berbeza namun terdapat betulnya. Tidak dinafikan, ramai yang masih menganggur ataupun tidak lagi mendapat kerja tetap walaupun sudah mempunyai Sarjana mahupun PhD. Ini belum dikira lagi peratusan yang berhenti di pertengahan apabila menyambung pelajaran. Sama sahaja bagi yang tidak menyambung pelajaran. Ada yang masih berkerja bukan dalam bidang atau berkerja di bawah taraf pendidikan dan ada juga yang masih duduk di rumah menunggu panggilan pekerjaan.

Oleh yang demikian, buatlah pilihan dengan sebaiknya. Bagi yang ingin menyambung pelajaran teruskan niat anda. Carilah bidang yang anda minati dan teruskan pelayaran kapal impian anda. Satu pandangan yang cantik akan anda nikmati apabila anda sampai dikemuncak yang tinggi. Banyak universiti tempatan dan antarabangsa memberi peluang kepada pelajar bagi menyambung pengajian di tahap pascasiswazah. Pinjaman dan biasiswa juga turut disediakan seperti biasiswa pengajian MyBrain oleh kerajaan dan pinjaman boleh ubah oleh MARA.

Pada yang ingin terus bekerja pula, carilah peluang pekerjaan samada melalui surat khabar mahupun jaringan internet.  Terdapat banyak laman sesawang bagi pencari kerja sebagai contoh https://www.linkedin.com/, http://myjobstreet.jobstreet.com.my/ dan banyak lagi.

Namun demikian, pada pendapat penulis menyambung pelajaran pada tahap yang lebih tinggi lebih sesuai pada masa kini. Ini adalah disebabkan, pengalaman dan ilmu yang akan diperolehi semasa berada di alam pasca siswazah amatlah berbeza. Ketika inilah kekuatan mental dan fizikal akan diuji kerana pada peringkat ini kita perlu berdikari dan belajar menyelesaikan masalah dengan berbekalkan ilmu yang ada.

Selain daripada itu, pada masa inilah kita berpeluang untuk mendekati para cendikiawan seperti pensyarah, professor dan sebagainya. Mungkin anda akan terlewat kebelakang dari segi pengalaman pekerjaan jika dibandingkan dengan mereka yang terus bekerja selepas bergraduat namun, jangan risau masa anda pula pasti akan tiba.

Ingatlah firman allah;

“…… dan tidak satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya” (Surah Hud, ayat 6).

Teruskan berusaha kerana dengan usaha di situlah bezanya antara orang yang berjaya dan orang yang gagal. Apapun keputusan yang kita ambil haruslah kita ketahui selagi mana keputusan itu yang terbaik pasti ada kebaikan dan keburukan yang menyusul.

Oleh: zeeys

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s