[VIDEO] Ustaz Abdullah Khairi ditipu syarikat menjual bas

Video yang viral pada hari memaparkan Ustaz Abdullah Khairi, seorang penceramah agama yang terkenal mengatakan beliau telah ditipu oleh sebuah syarikat automotif yang menipu dalam urusan pembelian sebuah bas bagi pusat tahfiz yang diusahakannya. Dalam video itu juga kelihatan Ustaz Abdullah Khairi memegang salinan laporan polis terhadap syarikat tersebut.

Menurutnya lagi beliau telah membeli sebuah bas dari syarikat berkenaan pada 27 Jun 2016 yang lepas dan dijanjikan aikan mendapat bas berkenaan pada 4 Julai 2016. Namun begitu sehingga hari ini, beliau masih belum menerima bas dari syarikat berkenaan. Beliau menyeru agar orang awam tidak menjalankan apa-apa urusan dengan syarikat tersebut untuk mengelakkan ditipu.

Ustaz Abdullah Khairi merupakan seorang penceramah bebas yang terkenal dengan kelantangan suara dan tegas ketika menyampaikan ceramah dan khutbah Jumaat. Beliau sering dijemput berceramah bersama penceramah-penceramah terkenal di seluruh negara.

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s