5 cara untuk mengetahui iphone anda original atau klon

Iphone adalah jenama yang tidak perlu di perkenalkan lagi. Ramai yang memiliki peranti canggih ini, golongan remaja, orang tua malahan budak bawah umur pun turut memilikinya. Walaupun peranti ini mudah di dapati di mana-mana sahaj , namun masih ramai yang tertipu dengan iphone klon yang ada dijual di pasaran. Dengan harga yang lebih murah, reka bentuk yang hampir sama, ramai yang telah terpedaya.

Bagi pengguna yang sudah biasa dengan sistem IOS, mereka mungkin mengetahui cara untuk membezakan iphone melalui ciri-ciri fizikalnya. Bagi pengguna yang langsung tiada pengalaman, untuk membezakan yang asli atau pun klon memang menyukarkan. Berikut adalah lima cara untuk mengenal pasti sama ada iphone anda original atau palsu.

1)     Nombor siri

Setiap iphone mempunyai nombor siri yang berlainan,dengan hanya menggunakan nombor siri itu sahaja anda dapat mengenal pasti iphone anda original atau pun palsu. Cara untuk menggunakan nya adalah anda pergi ke Settings,” pilih “General” dan pilih “About.” Scroll down to “Serial Number,” setelah nombor siri anda sudah ada,pergi ke website ini https://selfsolve.apple.com/agreementWarrantyDynamic.do dan masuk kan nombor siri anda di situ. Ini adalah bertujuan untuk melihat waranti iphone yang anda pakai, jika ada bermaksud iphone yang anda gunakan adalah asli atau original tetapi jika anda menerima mesej seperti ini “we’re sorry, this serial number is not valid. Please check your information and try again,”  kemungkinan iphone anda adalah klon atau palsu.

2)     Kompenan luar yang boleh dilihat

Periksa kompenan luar iphone anda, jika terdapat butang “sleep/wake” di atas belah kiri , butang “HOME” di tengah-tengah skrin dan butang “ringer switch dan volume” di sebelah kanan atas. Setiap iphone juga mempunyai logo APPLE di bahagian belakang. Jika salah satu kompenan itu tiada kemungkinan iphone anda adalah palsu.

3)     Sambungan Rangkaian

Setiap iphone mempunyai sambungan rangkaian seperti Wi-Fi, EDGE dan Bluetooth. Semua model kecuali iphone model pertama juga boleh disambung ke rangkaian 3G. Jika anda membeli iphone yang mempunyai rangkaian terhad kemungkinan iphone anda adalah palsu.

iphone

4)      Syncing ( Penghantar data )

Jika anda membeli iphone yang tidak boleh untuk dihubungkan dengan akaun iTunes atau tidak dapat dikesan oleh iTunes, iphone anda adalah palsu atau klon.

5)      Cawangan APPLE atau cawangan terpilih

Jika iphone anda telah melepasi semua langkah diatas tetapi anda masih ragu-ragu iphone anda adalah palsu atau klon, bawa iphone anda ke cawangan APPLE yang berdekatan bagi menjalani ujian diagnostik iPhone untuk mengesahkan ketulenannya.

Oleh : Tekzu

SUMBER : smallbusiness.chron.com

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s