9 tanda anda bercinta dengan psikopat

Psikopat adalah gangguan dalaman yang dirasai oleh seseorang dan mendorong mereka untuk berbohong, menjadi sombong, mengalami kekacauan seksual, rendah kawalan diri dan kurang simpati terhadap orang lain.Individu yang memiliki ciri-ciri psikopat sering memiliki kepercayaan palsu dalam dirinya sendiri.Akibatnya,mereka sering menjadikan individu lain sebagai mangsa selama menjalin hubungan debgan mereka.
Jika terdapat 10 tanda ini terhadap pasangan anda,kemungkinan anda sedang bercinta dengan seseorang yang psikopat.

1) KURANG SIMPATI

Adakah pasangan anda tidak mempunyai perasan simpati ? Mereka tidak perlu menjadi terlalu simpati atau kesian tapi cukup sekadar simpati sebagai seorang manusia.Bagi seorang psikopat mereka amat susah atau tiada rasa belas kasihan.

2) INGIN MENIPU SETIAP MASA

Adakah pasangan anda mempunyai tabiat suka menipu ? Baik perkara yang kecil atau besar, mereka akan cuba untuk menipu tentang segala-galanya. Psikopat adalah seseorang yang suka menipu dalam semua perkara dan ini sudah tentu membawa banyak keburukan dalam perhubungan.

3) SUKA UNTUK MEMALUKAN ANDA

Dalam perhubungan semestinya anda mahu pasangan anda melindungi dan menyokong anda dalam banyak perkara. Jika mereka suka memalukan anda di depan orang ramai, itu bermaksud pasangan anda seseorang yang tidak ambil tahu tentang perasaan anda.

4) MEREKA INGINKAN PERHATIAN DARI ANDA

Seseorang psikopati juga suka  mendapatkan perhatian dari pasangannya. Tetapi apa yang sangat pelik mereka pula tidak suka untuk memberi perhatian kepada anda. Contohnya mereka ingin anda sentiasa berada disisi mereka, tetapi amat sukar untuk melihat mereka membuat perkara yang sama terhadap anda.

5) SELALU MENYALAHKAN ANDA

Psikopat juga seorang yang tidak akan bertanggungjawab ke atas tindakan mereka. Malah mereka berharap ada seseorang yang akan bertanggungjawab ke atas kesalahan mereka.
6) MEREKA MENGASINGKAN ANDA

Disebabkan psikopat seorang yang sukakan perhatian, mereka akan cuba asingkan anda dari kawan dan keluarga supaya anda tidak dapat menberi perhatian kepada orang lain langsung kecuali mereka. Malah mereka akan cuba membuatkan anda keluar dari rumah atau cuba memujuk anda supaya memberi perhatian kepada mereka sahaja.

7) SUKA UGUT ANDA

Jika anda melakukan sesuatu yang pasangan anda tidak suka , mereka akan cuba untuk ugut anda,atau lebih serius mereka mungkin akan mencederakan diri mereka sendiri.

8) TIDAK AKAN TUNJUK PENYESALAN

Perkara yang buruk atau menyakitkan yang dilakukan mereka terhadap anda, seseorang psikopat jarang menunjukkan rasa menyesal dengan perbuatannya. Perkataan seperti ‘saya minta maaf’ tiada dalam kamus hidup mereka. Malah mereka lebih suka meletakkan kesalahan itu terhadap anda pula.

 

9) ROMANTIK SETIAP MASA

Seseorang psikopat selalu nya akan terlebih romantik dan mempunyai karisma yang sangat tinggi. Tatkala anda seperti sudah bosan, mereka akan keluarkan segala kelebihan mereka terhadap anda untuk membuatkan anda jadi lebih sayang kepada mereka.

MASA UNTUK BERUBAH !
Jika terdapat 9 tanda ini terhadap pasangan anda, elok anda mengambil langkah memutuskan hubungan dengan mereka sebelum keadaan menjadi lebih sukar.

Oleh : Tekzu

SUMBER : lifehack.org

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s