Adab dalam masjid

Masjid adalah rumah Allah SWT yang memiliki kedudukan yang agung di muka bumi ini. Ia menjadi lambang kesatuan umat Islam. Oleh itu, umat Islam sangat digalakkan untuk memuliakan dan memakmurkan masjid. Sebagai tempat yang mulia, sudah tentu ia mempunyai etika dan adab yang telah digariskan oleh Islam bagi menjaga kesuciannya. Umat Islam perlu melakukan persiapan sebelum melangkah memasuki masjid. 

Persiapan seperti bersuci dan berwuduk perlu dilakukan sebelum memasukinya dengan statusnya sebagai tempat yang suci. Selepas itu, mulakan melangkah dengan kaki kanan. Terdapat beberapa lagi adab yang patut dipatuhi ketika berada di masjid iaitu:

1. Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Walaupun namanya sunat, tetapi ia sangat penting. Jika tidak dilakukan, kita dianggap seperti tidak menghormati ‘tuan rumah’. Tidak boleh duduk sebelum solat sunat Tahiyatul Masjid walaupun imam atau khatib sedang membaca khutbah. Jika ada majlis ilmu, solat ini boleh digantikan dengan bacaan tasbih sebanyak empat kali. Ada seorang sahabat memasuki masjid ketika Rasulullah SAW sedang berkhutbah lalu terus duduk. Kemudian, Rasulullah SAW menyuruhnya melakukan solat sunat Tahiyatul Masjid dahulu. Itu menunjukkan keutamaan solat sunat Tahiyatul Masjid ini, katanya.

2. Menjawab Azan
Jika azan berkumandang, eloklah memberi tumpuan kepada alunan azan dan menjawabnya kerana menjawab azan itu lebih afdal daripada melakukan perkara-perkara lain.

3. Merendahkan Nada Suara
Tidak boleh sesekali meninggikan suara di masjid sepanjang berada di dalam masjid di dalam masjid bagi menghormati masjid sebagai tempat ibadat dan orang yang sedang melakukan ibadat. Ketika hendak bercakap, haruslah merendahkan suara dan elakkan daripada mengeluarkan kata-kata kasar.

4. Jangan Bertengkar, Bergaduh & Membuat Huru-Hara
Ketika di masjid, jagalah diri daripada bertengkar, bergaduh atau membuat huru-hara yang boleh mencemarkan martabat masjid. Beliau menceritakan kisah pada zaman Sayidina Umar al-Khattab dahulu bahawa pernah berlaku perkelahian antara dua orang penduduk Taif di Masjid Nabawi.
Sayidina Umar datang dan bertanya kepada mereka asal-usul mereka dan jawab mereka, Taif. Sayidina Umar melepaskan mereka kerana mereka datang dari luar Madinah dan tidak faham dengan peraturan-peraturan di Masjid Nabawi.

5. Dilarang Mencari Barang Hilang
Jika kehilangan sesuatu barang di dalam masjid, kita dilarang mencari barang tersebut. Biarkan sahaja kerana masjid tidak dibangunkan untuk kepentingan itu, malah ia dibangunkan untuk beribadat. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW:
“Barangsiapa mendengar seseorang mencari-cari barang hilang di masjid, maka katakanlah, Allah tidak mengembalikan barang tersebut kepadamu,” (Riwayat Muslim)

6. Tidak Berlaku Jual Beli
Masjid juga bukan tempat untuk berniaga atau menjual beli. Jika berlakunya jual beli, fungsi masjid sebagai tempat beribadat akan jatuh. Jika hendak berjual beli, mestilah di luar kawasan masjid supaya tidak menganggu fungsi masjid sebagai tempat beribadat.

Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila kalian melihat orang yang jual beli di dalam masjid, maka katakanlah padanya, ‘Semoga Allah tidak memberi keuntungan dalam jual belimu’!” (Riwayat Abu Hurairah)
Berbeza dengan masjid, hukum surau pula berlainan. Disiplin di surau lebih ringan berbanding masjid. Surau bukan sahaja tempat beribadat, tetapi asal pembinaannya sebagai tempat mengaji.

Kalau masjid, kita boleh beriktikaf dan boleh solat sunat Tahiyatul Masjid, tetapi di surau ia tidak boleh ditunaikan kerana ia tetap surau. Walaupun ia agak longgar berbanding masjid, tetapi menjaga kehormatan surau sebagai tempat khusus beribadat orang Islam adalah wajib

Oleh: izhamjabari

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s