Beli hartanah dan duit bekerja untuk kita

Bila dikenang masa mula-mula bekerja, tidak banyak yang direncana di dalam kepala tentang kemana duit gaji itu bakal pergi. Mengenang pengalaman sendiri, rasa gembira memegang duit hasil usaha sendiri memang berbaloi, tapi yang tak berapa nak berbaloinya, selepas beberapa tahun kemudian, barulah saya mampu untuk melihat spektrum perancangan serta pengurusan kewangan dengan jelas. Secara dasarnya, saya merasakan yang masih banyak lagi yang perlu saya perlajari dan dalami, namun saya kira ada baiknya saya berkongsi apa yang saya tahu mudah mudahan dapat dimanfaatkan oleh sesiapa yang baru melangkah ke alam pekerjaan…

Bahagian 1 – Pastikan duit bekerja untuk kita

Haa, macam mana ni ya? Sebenarnya, menurut konsultan pengurusan kewangan yang merupakan sahabat saya selalu bercakap tentang hal ini. Mesti ada fokus yang jelas, tentang bagaimana sebahagian duit daripada gaji kita disalurkan untuk menjadikan ia bekerja untuk kita. Apa yang sama maksudkan ialah dengan membuat komitmen berbentuk pelaburan. Bila bercakap tentang pelaburan, pasti perkara pertama yang kita fikir adalah pelaburan ASB, saham dan bisnes. Tapi yang sahabat saya perincikan ialah tentang pembelian hartanah sebagai pelaburan senyap dan jangka masa panjang.

Inilah yang merupakan kunci serta kekuatan bagi saudara dan saudari diluar sana kerana dengan umur yang masih muda (20-an) bank lebih mudah menawarkan pinjaman dengan kadar tempoh pembayaran yang panjang ataupun maksimum (35 tahun). Sememangnya semasa saya mula bekerja dahulu, komitmen pertama saya adalah rumah. Namun ianya bukan semudah yang dijangka. Mempunyai komitmen rumah menuntut saya untuk mendisiplinkan diri bagi memastikan sejumlah wang daripada gaji setiap bulan MESTI diasingkan untuk membayar ansuran bulanan.

Ianya tidak mudah kerana disaat kita duduk di rumah pada waktu hujung minggu, rakan-rakan kita sedang bercuti di dalam dan luar negara, ada yang tukar gadget baru, high-tea di Hilton dan macam-macam lagi. Tanpa azam yang kuat dan objektif yang kukuh tentang pulangan hasil pelaburan kita tadi, agak sukar nak menahan diri daripada turut sama menikmati perkara-perkara yang ‘fancy’ tadi.

Untuk diri saya sendiri, tidak apalah mereka mahu bersuka-suka, itukan pilihan manusia. Mereka betul dan saya juga betul. Selepas hampir enam tahun komited dengan pembayaran ansuran rumah, saya maju setapak lagi dengan membuat pinjaman semula ataupun ‘refinancing’. Apa yang boleh saya kongsikan, dengan hanya menunggu enam tahun, nilai pulangan tunai yang saya perolehi hasil ‘refinancing’ rumah saya, saya mampu bayar habis PTPTN, tutup dua akaun personal loan dan boleh sediakan 10% pembayaran jika mahu beli sekurang-kurangnya dua atau tiga lagi rumah dengan harga yang saya mampu.
Saya faham mesti ada yang berfikir, jika refinance, sudah tentu bayaran bulanan akan jadi lebih banyak daripada sebelumnya. Anda betul jika itu yang ada di kepala anda. Tapi, dalam teknik kerjaya, bukankah gaji kita sepatutnya makin lama makin tinggi dan bukan sebaliknya? Saya pegang pesan ibu dan ayah saya, walaupun gaji kita lebih, mesti maintain gaya hidup yang sama, baharulah duit itu dapat kita gunakan untuk mendapatkan peluang duit yang lebih banyak lagi di masa hadapan.

Fikirkan baik-baik. Jika kamu membayar RM800 sebulan untuk kereta kamu selama 6 tahun, mungkinkah kamu akan mendapat pulangan kewangan sebagaimana yang saya dapat atau mungkin lebih? Owh ya, bila bercakap tentang kenderaan, saya hanya mampu membeli kereta kompak tempatan dengan harapan ianya boleh membawa saya dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Cukup untuk saya.

Inilah apa yang kawan saya maksudkan dengan membuat duit bekerja untuk kita.

Kita hanya muda sekali. Tenaga, tahap kesihatan akan berkurang dengan masa yang berlalu.

Kita tidak akan mampu untuk selamanya bekerja untuk duit.

Mesti plan dari sekarang, bagaimana duit boleh bekerja untuk kita dari sekarang sehinggalah bila-bila.

Bahagian 2 akan menyusul dengan fokus pada bencana dan ketidakstabilan dalam pengurusan kewangan.

Semoga penulisan saya ini dapat memberi manfaat kepada yang membacanya ☺

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s