8 Sunnah Rasulullah SAW

Setiap insan perlu berusaha untuk mencapai kebahagian hidup terutama dalam rumah tangga kerana kebahagian tidak akan hadir dengan begitu sahaja. Apabila hati sudah mengenal Allah SWT, maka mudahlah bagi kita untuk melakukan amalan-amalan mengikut kehendak-Nya agar dapat mengecapi kebahagian hidup.

Berikut merupakan beberapa sunnah Rasulullah SAW yang perlu dihidupkan di dalam rumah agar kita dapat mengecapi kebahagian hidup seperti yang dianjurkan oleh ajaran Islam.

 

1.      Kasih Sayang

Islam amat mementingkan kasih sayang. Sebarkanlah kasih sayang sesama ahli keluarga, masyarakat dan tidak terkecuali semua mahluk Allah yang lain seperti binatang dan sebagainya. Sekiranya kita memberikan kasih sayang kepada semua mahluk ciptaan Allah, nescaya mereka juga akan memberikan kasih sayang kepada kita juga.

Dahulu, sesiapa sahaja yang datang ke Madinah akan memeluk Islam kerana kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat membuatkan mereka terkesan dengan ajaran Islam. Jika di dalam rumah, peluklah anak-anak, nescaya rahmat Allah ke atas kita amatlah banyak.

Rasulullah SAW pernah mempersoalkan seorang Sahabat yang tidak memberi layanan sama rata terhadap anak-anaknya. Ini adalah kerana perbuatan pilih kasih tersebut memberi kesan terhadap pembesaran anak-anak, katanya.

 

2.      Memberi Salam

Sunat memberi salam kepada sesama Muslim tidak kira peringkat umur, darjat dan pangkat. Antara kelebihan salam adalah menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang dan dengan kasih sayang inilah menjadi penyebab rahmat daripada Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW pernah mengajar seorang Sahabat yang menghadapi masalah hutang. Nabi SAW memberitahu bahawa, amalkan memberi salam dan baca Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali apabila masuk ke dalam rumah, kemudian selawat. Alhamdulillah, tidak lama kemudian selepas mengamalkan amalan tersebut, hutangnya telah selesai.

 

3.      Senyum

Senyum adalah antara akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Baginda sentiasa tersenyum apabila berjumpa sesiapa sahaja. Senyumlah kerana Allah SWT dan bukan senyum untuk mendapatkan balasan. Jika senyum untuk mendapatkan balasan, tetapi balasan tidak seperti yang diharapkan, kita akan kecewa sedangkan jika kita senyum kerana Allah SWT, kita akan rasa tenang.

 

4.      Menyampaikan dan Memahamkan

Satu lagi sifat Rasulullah SAW ialah seorang yang suka menyampaikan sehinggalah orang yang disampaikan itu betul-betul memahami perkara yang disampaikan. Beliau menceritakan kisah seorang pemuda meminta izin kepada Nabi SAW untuk berzina.

Pada ketika itu, para Sahabat sudah mengangkat pedang untuk memancung kerana menganggap perbuatan itu sangat biadap. Tetapi tidak pada Nabi SAW kerana menganggap pemuda itu masih belum faham dan Baginda menerangkan kembali kenapa Islam tidak membenarkan zina dan sebagainya sehinggalah pemuda itu betul-betul faham.

Oleh sebab itu, kita tidak boleh menganggap semua orang sudah tahu dan faham tentang Islam, tetapi sentiasalah memberi penerangan untuk memahamkan dan mengingatkan mereka, jelasnya.

 

5.      Solat Sunat Dhuha

Selain itu, lakukanlah solat Dhuha kerana Allah SWT akan memudahkan perjalanan mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Sebenarnya, rezeki itu bukan pada harta benda sahaja, tetapi memiliki keluarga yang bahagia dan anak-anak yang baik juga adalah rezeki.

 

6.      Solat Sunat Tahajud

Solat sunat Tahajud antara solat malam yang sangat dianjurkan dalam Islam. Jika tidak dapat bangun untuk bersolat Tahajud, sekurang-kurangnya kita memasang niat untuk mengerjakannya.

Kata seorang alim ulama, pendakwah, pelajar atau pendidik yang tidak bangun untuk bersolat tahajud, mereka sebenarnya sedang berdusta dalam dakwah dan pelajaran mereka. Ingatlah walau siapa pun dan apa pun pekerjaan yang kita lakukan, kita semua adalah hamba Allah SWT. Jika Allah kejutkan kita pada tengah malam, kejutkanlah isteri atau suami kita untuk sama-sama mengabdikan diri kepada-Nya.

 

7.      Solat berjemaah

Solat berjemaah adalah antara cara menarik rahmat Allah SWT masuk kedalam rumah selain meraih pahala yang berganda. Solatlah secara berjemaah pada awal waktu dan dengan hati yang khusyuk, nescaya Allah SWT merahmati keluarga dan hidupnya.

Jika kita menjaga solat, Allah SWT akan menjaga kita. Itu pasti. Sayidatina Aisyah r.a. menceritakan  apabila azan dilaungkan, Nabi SAW seakan-akan sudah tidak kenal kami (isteri-isteri) lagi. Pernah suatu malam, Nabi SAW solat sehingga lebih enam juzuk al-Quran dan sepanjang solat malam itu Nabi SAW menangis kerana benar-benar khusyuk di dalam solatnya. Orang yang mendustakan agama adalah orang yang tidak khusyuk di dalam solatnya.

 

8.      Taklim

Ibu bapa perlu menghidupkan taklim ataupun majlis ilmu di rumah kerana majlis ilmu ibarat taman syurga yang akan dihadiri oleh para malaikat.

Kumpulkan ahli keluarga untuk membaca hadis-hadis Nabi SAW. Dalam hadis-hadis itu, banyak pengajaran yang Rasulullah SAW tinggalkan kepada kita untuk diamalkan. Islam itu lemah-lembut. Sunnah Nabi SAW pun haruslah berlemah-lembut dalam setiap perkataan dan perbuatan.

Oleh: izhamjabari

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s