Kalaulah ibu masih ada

Tak boleh nak menidakkan dari merasa hati
Bila tengok orang lain dengan ibu mereka
Tersentuh dan mulalah sayu hati
‘ kalaulah ibu masih ada ‘
Itulah yang sering diungkapkan

Sekuat manapun diri ini
Dalam hal ini mesti terasa lemah
Mana tak nya arwah ibu pergi sudah lama
Tak sempat pun nak melihat diri ini dewasa,
Berkahwin dah pun sekarang ini

Tengok pula pada mereka yang melayan ibu
Sekadar saja
Alahai mereka tak tahu yang tak ada ibu
Begitu memerlukan seorang ibu sentiasa
Sebagai anak perempuan lagilah dambakannya.

Dalam hal kehidupan kita berkait rapat
Dengan doa ibu… redha ibu
Kalau masih berkesempatan tataplah ibu
Kalau dah tak ada nanti dah tak ada guna

Begitu juga bila dah berkahwin
Jangan sesekali melarang suami mentaati ibunya..
Kejayaan suami bila ibu mendoakan
Kebahagian suami bila tak menderhakai ibu
Syurga suami ada pada ibunya
Syurga isteri ada pada suaminya
Ingat ya.

Bila semua ikut aturan Nya
Selamatlah dunia dan akhirat
Yang remeh tak usah diperlekehkan
Yang susah tak payah dirumitkan

In Sha Allah.

Ameen.

Ikhlas dr hati
Arie.

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s