Kelebihan Asam Gelugur

Pokok asam gelugur atau Garcinia cambogia tumbuh secara liar di Malaysia dan kini banyak ditanam bukan sahaja di Malaysia, tetapi di Asia Tenggara seperti Thailand dan Indonesia.

Asam gelugur sering digunakan dalam masakan. Kuah laksa misalnya, tanpa kepingan asam gelugur tentulah tidak menjadi. Bagaimanapun, kegunaan asam gelugur kini lebih luas digunakan dalam industri kecantikan dan kesihatan. Antara kelebihannya ialah:

1.      Menurunkan berat badan

Asid utama dalam asam keping atau asam gelugur dikenali sebagai asid hydroxycitric atau HCA yang mampu mengurangkan selera makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam badan. HCA juga mampu bertindak untuk menghalang makanan yang bergula dan berkanji daripada bertukar kepada lemak.

Justeru, kajian dan penyelidikan banyak dilakukan terhadap asam gelugur, malah ada yang telah mengkomersialkannya secara meluas sebagai suplemen pelangsingan badan.

2.      Melegakan sakit gusi

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan basuh hingga bersih dan menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

3.      Mengurangkan kolestrol

Kandungan HCA dalam asam gelugur juga mampu menurunkan kadar kolestrol dengan mengurangkan tahap lipid dalam darah. HCA ini juga mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan dengan menurunkan pertumbuhan LDL yang dikenali sebagai kolestrol yang tidak baik dan juga trigliserida.

4.      Merawat masalah perut

Kulit buah asam gelugur yang direbus mampu merawat reumatisme dan masalah penghadaman.

5.      Merawat sakit telinga

Daun dan akar buah asam gelugur boleh direbus dan air rebusannya boleh dititikkan ke dalam telinga untuk merawat sakit telinga.

6.      Mengurangkan stres

HCA yang terkandung dalam asam gelugur ini mampu meningkatkan hormon dan membuat mood menjadi ceria dan kurang stres.

7.      Melancarkan menstruasi

Air asam gelugur mampu melancarkan kadar menstruasi wanita dan mengurangkan sakit senggugut. Rebus asam gelugur dan airnya perlu diminum bagi pelancaran ketika haid.

8.      Mengimbang kadar metabolisme

Metabolisme dalam badan kita sering berlaku reaksi kimia yang tidak seimbang. Kandungan HCA dalam asam gelugur dapat mengimbangkan reaksi kimia tesrsebut dan membuatkan proses pencernaan lebih efektif dengan peningkatan kadar metabolisme dalam badan.

10.  Meningkatkan sistem imunisasi

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam asam gelugur mampu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan dan mampu meningkatkan tindak balas badan untuk melawan pelbagai jenis penyakit dengan lebih mudah.

Oleh: izhamjabari

Rujukan

1.      http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-asam-gelugur.html

2.      http://www.organicfacts.net/health-benefits/fruit/garcinia-indica.html

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s