Harta saya tak ada, tapi kasih sayang saya kepada awak tak pernah kurang !

Dalam ekonomi negara kita sekarang
Ramai isteri yang tak berani
Erti kata lain tak yakin untuk tidak bekerja
Walau disuruh suami hanya duduk dirumah
Menjadi suri rumah tangga

Setiap hari dihitung perbelanjaan
Itu ini… yang tak mungkin akan cukup
Ada saja kehendak
Malah merungut rezeki sikit sahaja
Siang malam fikir itu ini bagi mencari jalan
Untuk menambah apa yang kurang

Kalau nak difikirkan sampai bila pun tak akan selesai…
Malah mengganggu fikiran seharian
Menyebabkan semua terabai dan terlalai
Tanpa disedari…

Allah..
Tahukah kita wahai isteri
Duduk rumah jaga keluarga dengan apa yang diberi suami
Sikit atau banyak syukurlah
Tak perlu merungut
Malah mendoakan suami
Hasilnya walau sedikit sentiasa cukup
Dan bahagia tanpa ada keresahan

Suami pun senang untuk mencari rezeki
Kerana isterinya tak pernah curiga
Lama-lama suami sedar akan diri
Sampai berkata kepada isteri
‘ harta saya tak ada sayang… tetapi kasih sayang saya kepada awak tak pernah kurang ‘
Wajah si isteri senyum girang
‘ tak apalah abang… itu dah cukup untuk saya ..kalau nak kira kejar hal dunia sampai bila tak akan habis …’

Allah…
Isteri itu seorang suri rumah
Kerjanya tak pernah habis..
Tak ada gaji tapi ikhlas hatinya
Dibalas bahagia didunia lagi
Harapannya sampai ke akhirat sana

In Sha Allah.

Ikhlas dr hati,

Arie.

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s