Cara memilih pelembap kulit

  1. Masalah : Kulit Kering

Jika seseorang mengalami masalah kulit yang kering, pelembap perlu mengandungi hyaluronic acid atau squalene. Hyaluronic acid mampu mengekalkan kelembapan dengan mengikat air di dalam kulit.

 

  1. Masalah : Kulit Sensitif

Bagi mengatasi kulit sensitif, pelembap yang mengandungi aloe vera mampu mengurangkan radang kulit. Pastikan pelembap untuk kulit sensitif tidak dicampur dengan  SLS, pengawet, dye, lanolin, pewangi, formaldehyde atau paraben. Kulit jenis ini juga akan mula terasa gatal atau pedih jika kulit menjadi kering. Produk organic tidak semestinya sesuai dengan kulit yang sensitif.

 

  1. Masalah : Kulit Matang (berkedut dan kendur)

Pelembap yang mampu memberi kelembapan yang tinggi seperti hyaluronic acid, squalene amat sesuai untuk kulit matang. Selain itu, pelembap untuk kulit matang biasanya mengandungi vitamin A, atau retinol. Retinol membantu mempercepatkan pertumbuhan kulit dan mengurangkan kedut. Kebanyakan pelembap untuk kulit matang akan mengandungi antioksidan, vitamin dan peptide yang tinggi seperti vitamin B5, vitamin C dan vitamin E.

 

  1. Masalah : Kulit Berjeragat

Pelembap untuk kulit jeragat biasanya mengandungi bahan yang boleh membantu memutihkan kulit. Antaranya ialah vitamin C, asid kojic, arbutin, asid azelaic, niacinamide, licorice, retinoids. Hidrokuinon merupakan produk preskripsi daripada doktor untuk menghilangkan jeragat. Ia perlu digunakan atas nasihat doktor sahaja.

 

  1. Masalah : Kulit Berminyak dan Berjerawat

Bagi mengatasi masalah kulit ini, pelembap untuk kulit  berjerawat  biasanya mempunyai produk yang mampu mengawal pertumbuhan bakteria, mengawal pengeluaran minyak dan mampu membersihkan pori-pori. Antaranya ialah produk yang mengandungi asid salicylic, benzoyl peroxide, glycolic acid dan sulphur.

Oleh: Izhamjabari

Rujukan : Dr Nurhalina Azly binti Minhat, perunding kecantikan

 

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s