Ciri-ciri rumah idaman menurut Islam

Setiap insan sama ada yang bujang atau pun yang sudah berumahtangga pastinya memiliki keinginan untuk memiliki sebuah rumah idaman mereka. Tersangatlah beruntung bagi mereka yang telah pun memiliki sebuah rumah dikala keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa kini. Memiliki sebuah rumah ibarat kita memikul satu tanggungjawab atau amanah juga kerana ia banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita untuk jangka masa yang lama.

Adakah anda pernah terfikir apakah ciri-ciri rumah idaman menurut al-Quran dan as-Sunnah? Di sini saya akan menyentuh beberapa ciri utama rumah idaman menurut Islam. Al-Quran dan as-Sunnah merupakan sebaik-baik panduan serta bahan rujukan hatta dalam urusan pembelian sesebuah rumah idaman. Biarlah pemilikan rumah tersebut menjadi sumber keberkatan dalam hidup dan mampu menjana saham pahala untuk dituai pada hari akhirat kelak.

Niat

Niat atau tujuan memiliki rumah idaman hendaklah selari dengan kehendak Allah SWT. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah dengan orang lain. Bayangkan jika rumah yang dibeli dengan harga ratusan ribu ringgit itu ‘niatnya’ betul, makan sudah tentu ganjaran baik di sisi Allah sedia menanti.

Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah (dinilai) mengikut niat dan sesungguhnya setiap orang (dinilai berdasarkan) apa yang dia buat.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber Halal

Memiliki sebuah rumah idaman untuk didiami bersama dengan insan tersayang pasti menjadi impian setiap insan. Persoalannya, dari manakah punca pendapatan yang kita perolehi untuk membina mahligai kita tersebut? Adakah halal atau haram sumbernya? Mahupun syubhah?

Bagi meraih keberkatan serta kebahagian dalam kehidupan, pastikan kewangan atau pendapatan yang kita perolehi adalah daripada sumber yang halal kerana sumber itulah yang akan menjadi tunjang kepada persoalan pahala/dosa dan syurga/neraka kelak. Bayangkan jika rumah tersebut dibina daripada hasil yang haram seperti rasuah, merompak, berjudi, menipu dan sebagainya pastinya tiada keberkatan di dalam rumah tersebut dan ini akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada setiap isi rumah berkenaan.

 

Kontrak jual beli

Kontrak mempunyai peranan yang amat penting dalam sesebuah transaksi sama ada dalam urusan kewangan mahupun  urusan nikah kahwin atau lainnya. Sebagai contoh, apabila termeterainya lafaz atau akad nikah kahwin, maka seorang lelaki dan wanita menjadi halal antara satu sama lain.

Begitu juga dengan jual beli rumah idaman, bagi menentukan sama ada kontrak itu halal ataupun tidak, lihatlah bagaimana bentuk kontraknya. Adakah kontrak tersebut selaras dengan prinsip yang wujud dalam fiqh muamalat atau urusan kewangan secara Islam ataupun tidak.

Redha

Jual beli atau pemilikan rumah idaman yang berlaku atas dasar paksaan, penindasan atau kezaliman amatlah ditegah dalam Islam. Prinsip redha amat dititikberatkan  berdasarkan Surah an-Nisa’, ayat 29: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan harta sesama kamu secara batil (salah) melainkan  (hendaklah) kamu berada dalam perniagaan (jual beli) secara redha antara kamu.”

Wasatiyah (kesederhanaan)

Memiliki rumah idaman berkait rapat dengan persoalan keimanan kepada Allah SWT. Sekiranya seseorang itu benar-benar beriman, beliau akan memastikan setiap tindak-tanduknya selaras dengan apa yang disarankan oleh al-Quran dan as-Sunnah sebaik mungkin. Salah satu saranan agama ialah konsep wasatiyah ataupun kesederhanaan.

Memiliki rumah cukup sebagai keperluan diri dan keluarga tersayang, bukan sampai melayan nafsu atau kehendak yang tidak puas. Memiliki rumah tidak sampai membazir wang ringgit kerana pembaziran merupakan amalan syaitan. Memiliki rumah bukan untuk menyombong diri (takabur) atau mengejar prestij kerana ia perbuatan yang dikutuk di dalam al-Quran.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., Baginda SAW besabda: “Tidak masuk syurga orang yang terdapat dihatinya walau sebesar zarah perasaan takabur.” (Riwayat Muslim)

6

Tempat Ibadah

Rumah atau tempat tinggal mampu menjadi mekanisme untuk beribadah kepada Allah SWT selain dijadikan tempat berteduh daripada cuaca panas dan hujan, rumah yang dimiliki sewajarnya dimanfaatkan untuk kebaikan berbanding kejahatan. Misalnya sebagai tempat untuk menyuburkan kasih sayang bersama ahli keluarga, bersolat jemaah, melakukan aktiviti yang berfaedah dan sebagainya. Ia sejajar dengan ungkapan ‘rumahku syurgaku’ yang sering dicanang oleh pelbagai pihak.

Bahkan Allah SWT melarang mereka daripada melakukan perkara mungkar atau maksiat di dalam rumah dengan menjadikan rumah tersebut sebagai ‘port’ aktiviti haram dan menyalahi undang-undang seperti menjadikan rumah tersebut sebagai tempat pelacuran atau rumah urut. Selain melanggar batasan agama, ia sebenarnya telah mennyalahi moral serta norma kehidupan bermasyarakat. Bayangkan betapa banyaknya mudarat yang hadir selain menjadi saham dosa seandainya rumah idaman tersebut disalah gunakan oleh pemiliknya. Setiap perkara yang kita mahu lakukan hendaklah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Kita haruslah mempunyai keimanan dalam diri kita dalam apa jua perkara agar setiap perkara yang kita lakukan mendapat keberkatan di dunia dan juga di akhirat kelak.. INSHAALLAH…

 Oleh: izhamjabari

Rujukan: M.Firdaus Mohd, Peguambela dan Peguamcara & Peguam Syarie Konsultan Hartanah

 

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s