Cara memohon rumah di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA)

Ramai yang merungut harga rumah melambung tinggi sekarang terutamanya di kawasan bandar. Kenaikan harga yang mendadak juga turut dirasai oleh penduduk-penduduk di luar bandar. Ada yang mengaitkan senario kenaikan harga tidak terkawal ini adalah disebabkan spekulasi harga di kalangan penggiat industri perumahan ini. Setakat mana kebenarannya tidaklah dapat dipastikan.

Menyedari hakikat ini, kerajaan melalui Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah melancarkan beberapa projek perumahan mampu milik kepada semua rakyat Malaysia. Sesetengah projek telahpun dilancarkan dan boleh dimohon secara atas talian dan selebihnya akan dilancarkan secara berperingkat dari masa ke semasa.

Cara Memohon Rumah PR1MA

Kelayakan asas adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • 21 tahun ke atas, Bujang atau Berkahwin
  • Pendapatan isi rumah (Individu @ Suami/Isteri) di antara Rm2,500 hingga RM10,000
  • Tidak memiliki lebih dari satu rumah (sama ada anda atau pasangan anda)

Jika anda dalam kategori yang layak memohon, anda bolehlah mengikuti 9 langkah ini :

  • Buka akaun di http://www.pr1ma.my, lengkapkan permohonan dan muatnaik dokumen yang diperlukan. Klik sini untuk daftar.
  • Anda akan dimaklumkan mengenai pelancaran projek-projek PR1MA di lokasi pilihan anda. Projek yang dilancarkan akan turut diiklankan di dalam media.
  • Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan kerana pengundian tidak akan dilakukan secara automatik.
  • Anda boleh memilih unit yang dikehendaki sekiranya terdapat kekosongan.
  • Sekiranya anda berjaya dipilih melalui cabutan undi, pengesahan dokumen yang berkaitan akan dilakukan.
  • Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.
  • Program Pemudah Cara Pemilikan Kediaman PR1MA merupakan skim yang menawarkan pakej pembiayaan untuk memiliki kediaman PR1MA dengan mudah. Pakej pembiayaan ini akan dibiayai oleh panel bank di bawah PR1MA.
  • Perjanjian Jual Beli (SPA) akan ditandatangani antara PR1MA dengan anda, selaku pemilik kediaman tersebut.
  • Sebaik sahaja pembinaan anda siap dan Sijil Perakuan Siap & Pematuhan kediaman diperolehi, kunci dan hartanah anda akan diserahkan secara rasmi sekali gus menjadikan anda pemilik kediaman PR1MA.

 

Perkara penting yang perlu anda tahu ialah permohonan rumah hanyalah ke atas projek-projek yang telah dilancarkan dan dibuka untuk permohonan. Untuk info lanjut berkenaan cara memohon boleh klik sini.

Jom tengok di mana projek yang telah di buka setakat (16 OGOS 2016). Klik gambar untuk besarkan.

WILAYAH TENGAH

WILAYAH SELATAN

WILAYAH UTARA

Advertisements

One thought on “Cara memohon rumah di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA)

  1. macam mana pulak yang pendapatan bawah rm2000,mampu kah mereka miliki rumah sendiri…??

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s