KEMAH CONFESSIONS 1: KERJA KERAJAAN, SWASTA ATAU BISNES SENDIRI?

Kemah fikir isu ni tidak pernah surut daripada fikiran seseorang, kalau berkerja dengan Kerajaan atau swasta mesti berfikir “aku ni makan gaji, berbaloi ke dengan kudrat yang telah aku beri. Atau kalau aku buat bisnes sendiri dapat pulangan yang lebih dari apa yang aku dapat sekarang?”. Yang tak kerja makan gaji ada menyebut “Orang makan gaji kurang-kurang ada pendapatan tetap setiap bulan. Kalau aku ni harap produk atau perkhidmatan yang aku beri. Ada masa banyak ada masa tidak.”

Kalaulah gajinya masyuk, tak kisah kerja Kerajaan, swata atau bisnes sendiri, agaknya takdelah komplen. Tapi kadang-kadang ada juga yang makan gaji bila dah nak sampai pencen, mulalah seribu satu perasaan dalam hati. Orang yang kerja berpuluh tahun dengan organisasi, mestilah menganggap organisasi tu sangat bernilai. Maka menjadikan seseorang tu sentimental, sedih untuk menghabiskan sisa-sisa usianya di rumah.

Bisnis-Kerupuk-Padang-Pasir1

Hakikatnya, pada hari dia tinggalkan kerja tu, boleh saja organisasi tu cari pengganti lain, boleh jadi yang lebih baik dari orang sebelumnya. Kebanyakan pesara yang Kemah jumpa selalu berpesan buat kerja sepenuh hati, tak kisah kalau kita kena berkorban tinggalkan keluarga termasuk ibu bapa yang uzur atau anak kecil yang tidak mengerti apa-apa lagi. Is it worth it? Kalaupandai berjimat, maka banyaklah simpanannya. Tapi ada juga yang kita dapati mereka yang bersara berada di hospital kerajaan menunggu belas ihsan dari pihak berwajib.

Kadang-kadang yang berniaga, habis simpanan digunakan. Entah mana yang silap lingkup semuanya. Ada yang kurang mahir dalam berniaga, ada juga yang ditipu oleh rakan niaga dan sebagainya. Sebaliknya, yang bernasib baik lebih kaya dari yang makan gaji. Pendek kata, goyang kaki saja. Semua tersedia.

Ini semua urusan Allah. Kita kerja dengan siapa dan apa kerja kita tidak penting. Apa yang penting ialah ianya halal dan kita melakukannya dengan sepenuh hati.

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s