Menyesal beli kereta Tesla yang mahal.

 

Seorang pemilik kereta jenama Tesla di negara China Luo Zhen, 33 tahun berhasrat untuk menyaman syarikat kereta berkenaan kerana kegagalan sistem autopilot semasa memandu di lebuhraya Beijing baru-baru ini. Akibat kegagalan fungsi berkenaan, kereta beliau berlanggar dengan kereta lain yang diletakkan ditepi jalan. Kedua-dua kereta remuk, walaubagaimanapun tiada yang tercedera. Luo Zhen menhghabiskan hampir RM 16,000 untuk fungsi autopilot tersebut.

tesla_crash_beijing6

Beliau rasa tertipu dengan fungsi autopilot kereta berkenaan yang digembar-gemburkan sebagai fungsi pemanduan automatik sebgai pengganti kepada pemandu oleh iklan-iklan di China. Para pemerhati menterjemahkan bahawa ramai pengguna tertipu dengan iklan berkenaan yang memaparkan fungsi pemanduan automatik sepenuhnya. Tesla sebaliknya menafikan iklan kereta berkenaan menyebabkan pengguna salah faham.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Menurut Luo Zhen lagi, iklan kereta Tesla seolah-olah memberitahu bahawa kereta keluaran Amerika Syarikat itu boleh memandu dengan sendirinya dan bukan sekadar membantu untuk memandu.

Dalam pada itu, pemilik Tesla, Elon Musk yakin penggunaan fungsi autopilot itu boleh mengurangkan kadar kemalangan disebakan 90% kemalangan adalah disebabkan Kesilapan manusia.

Kredit : Shanghaiist,Reuters dan Financial Times, Star TV

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s