Kereta tanpa cermin sisi pertama di dunia

Tidak terfikir satu hari nanti kereta yang kita gunakan tidak mempunyai side mirror atau cermin sisi. Macamana pula kita nak melihat kenderaan disekeliling kita. Bagaimana pula keselamatan kita jika tiada cermin sisi. Walau macamana pun inilah yang berlaku di negara Jepun.

Baru-Baru ini satu peraturan diluluskan oleh pemerintah negara matahari terbit ini bagi penggunaan kamera untuk menggantikan cermin sisi. Sudah diluluskan penggunaannya untuk kenderaan di Jepun. Pendek kata sebelah kiri dan kanan kita yang sepatutnya ada cermin sisi tetapi diganti dengan seketul kamera sahaja setiap satu.

Kamera ini akan bertindak sebagai cermin sisi dan monitor atau paparannya adalah di dalam kereta. Sama juga dengan reverse camera yang banyak digunakan sekarang, bezanya kita dapat lihat paparan kiri kanan jalan melalui monitor yang diletakkan di dashboard kereta.

Bercakap berkenaan keselamatan, kemungkinan besar pengeluar kereta di Jepun sudah mengkaji sedalam-dalamnya penggunaan kamera ini sebelum mereka benar-benar yakin ianya boleh dikomersilkan. Mungkin juga penggunaan kamera sisi ini lebih selamat berbanding cermin biasa. Oleh yang demikan kita tidak perlu risau kerana umum tahu bangsa Jepun ini adalah bangsa yang sangat teliti dalam semua perkara.

Jikalau pun perlu kita risau dari segi keselamatan dengan penggunaan kamera sisi ini ialah proses pembuatan kamera berkenaan. Baru-Baru ini kita dikejutkan dengan kematian seorang wanita apabila beg udara kenderaannya diaktifkan. Walaupun kemalangan yang dialaminya agak kecil, kematian wanita berkenaan masih menjadi tanda tanya. Ada yang mengaitkan dengan kepincangan beg udara berkenaan apabila ianya diaktifkan. Ianya mungkin berkait rapat dengan panggilan semula beberapa model kereta Honda kerana disyaki mempunyai kepincangan beg udara Takata buatan Jepun.

Apa-apa pun yang pasti kenderaan bercermin kan kamera ini satu hari akan memasuki pasaran Malaysia dan akan menjadi milik kita satu hari nanti. Mungkin pada masa itu akan ada teknologi baru lain yang sukar diterima akal akan diperkenalkan pula.

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s