Siapa yang cipta Pokemon Go sampai kemaruk satu dunia.

johnhanke2-1200x675

Jom kita berkenalan dengan pencipta Pokemon Go !

Permainan atau applikasi game yang paling popular dan paling kontroversi sekarang ini tidak lain tidak bukan adalah permainan Pokemon Go. Game ini menjadi kegilaan satu dunia dan ramai anak muda yang jadi kemaruk dengan game ini. Game ini memerlukan pemain untuk menangkap binatang-binatang Pokemon yang ada di sekeliling kita.

Nak bermain ini pula tak boleh duduk diam. Kena berjalan dan mencari binatang-binatang Pokemon di sekitar kita. Yang menjadi SANGAT KONTROVERSI dan sampai ada fatwa dikeluarkan berkenaan game ini ialah kerana ianya boleh memudaratkan kita. Mana taknya, terlalu asyik mengejar dan menangkap binatang-binatang Pokemon ini sampai ada yang mati dilanggar kereta. Berat sangat la kan kalau begitu rupa sekali main game.

Siapa la agaknya yang mencipta Pokemon Go ni pulak ?. Mamat dalam gambar di atas la pencipta Pokemon Go. Beliau mencipta Pokemon Go melalui syarikat yang dia sendiri tubuhkan iaitu Niantic. Nama mamat ni John Hanke dan dia ini memang tak asing lagi dalam industri IT di Amerika Syarikat. Sebelum Pokemon Go meletop John Hanke pernah mencipta satu game yang top juga pada tahun 2011 iaitu Ingress. Beliau juga merupakan tulang belakang semasa pembikinan applikasi Google Earth dan Google Map.

John Hanke sendiri terkejut dengan fenomena kemaruk Pokemon Go ni, sehinggakan papan tanda syarikat Niantic ni terpaksa diturunkan sebab khuatir ada penggemar-penggemar Pokemon Go menyerbu pejabat mereka untuk menangkap binatang-binatang Pokemon Go. Sampai ke tahap begitu.

Apa-apa pun kekemarukkan game ini di Malaysia boleh tahan sampai ke tahap kronik juga. Baru-baru ni polis telah menyaman seorang pemandu kereta kerana bermain Pokemon Go ketika memandu. Sambil memandu boleh pulak dia sambil-sambil tangkap binatang Pokemon. Terimalah balasannya. Bayarlah saman tu ya..

Nanti kita sambung sembang-sembang. Kali ni kita cerita macam mana Pokemon Stop dan Gym dalam game Pokemon Go tercipta. Macam mana dia boleh ambik gambar-gambar yang ada di sekeliling kita untuk dimasukkan di dalam Pokemon Go.

See You , Yahu KEKERU !

 

 

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s